CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 6, 2012

Semanis Kenangan..Seindah Pengalaman

Kali ini aku akan menceritakan pengalaman berulang alik ke sekolah dengan basikal.Usiaku ketika itu 13 tahun...atas arahan ayah aku menerima cadangan ayah untuk menyambung ke sekolah agama atau dikenali dengan sekolah pondok.Sebagai anak ayah yang baik cadangan itu aku terima dengan senyuman walaupun terdengar berbagai rungutan daripada mulut orang kampung...
Aku terpaksa menghadapi 15 matapelajaran baru dan terpaksa menduduki kelas peralihan selama setahun.Maklumlah...bukan senang nak belajar b Arab ni....satu bahasa yang aku tidak pernah belajar sebelum ini.Yang adapun cuma membaca al Quran dalam bahasa Arab.
Setiap hari aku mengayuh basikal sejauh 10km...penatnya hanya Allah yang tahu.2 tahun yang pertama aku bersekolah sesi petang...penat dan letih..hanya Allah yang mengetahuinya.Pesan ayahku cuma satu,masih ku ingat hingga hari ini."Ayah nak anak ayah belajar bersungguh-sungguh..supaya jadi manusia berilmu..ayah tak kisah besar nanti anak ayah kerja apa pun yang penting ada ilmu"
Tahun demi tahun ku lalui dengan tabah sehinggalah usiaku 17 tahun dan aku mengambil peperiksaan SPM.Aku amat ingin untuk menyambung pelajaran ke Mesir...tapi ibu menghalang dengan alasan takut kalau-kalau aku tidak sempat berjumpa ibu di saat kematiannya.Aku terima nasihat ibu...ku pendamkan hasrat yang satu iaitu ingin menuntut ilmu di bumi anbiya,'.
Aku akhirnya mambuat keputusan mendalami bidang bahasa Arab yang amat ku minati dan cintai itu diUKM sahaja...dan alhamdulillah kecemerlangan menjadi milikku.Mungkin kerana berkat patuh pada kehendak ibu dan ayah..Alhamdulillah,...aku dah dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan hidup hari ini....
Untuk anak-anak dan muridku...patuhilah arahan dan nasihat ibubapa..di sana ada keberkatan hidup...

Sunday, December 2, 2012

Lagi...Kenengan Lalu..

Satu lagi kenangan....bila tiba musim durian...biasanya dalam bulan Julai.Masuk ja bulan Mei...apabila selesai menguruskan sawah aku akan mengikut ayahku ke dusun duria.Maklumlah pada masa ini durian dah berbunga dan mula berputik.Biasanya hari Jumaat dan Sabtu aku akan membonceng motosikal ayah...untuk ke dusun yang letaknya lebihkurang 8 km dari rumahku.Biasanya ibuku dah bermalam di dusun...menumpang di rumah bapa saudaraku...Pak Su Hasan dan kadang-kadang rumah Pak Teh Bakar.
Apabila sampai ja di dusun aku akan membasuh baju-baju sekolahku di sungai....basuh atas batu...nyaman dan segar sekali.Gembira tak terkira kerana sambil membasuh terdapat anak-anak ikan yang bermain air...rasa bahagia sangat tika itu.Apabila petang kami akan bermalam di dangau yang disediakan oleh ayahku.kalau ayahku balik..maka kami akan bermalam di rumah bapa saudaraku.
Part yang paling seronok ialah bila tiba waktu malam....akan kelihatanlah kunang-kunang atau dalam bahasa utara disebut kelip-kelip.Indah dan damai sangat rasa hati.
Kalau aku dan ibuku bermalam di rumah Pak Su maka akan riuh rendahlah malam itu..maklumlah bila aku dan ibuku menumpang di rumah Pak Su maka semua sepupuku yang seramai 20 orang itu akan berkumpul....kami akan masak dan makan bersama.Menu yang biasa ialah ikan kering goreng...sambal belacan dicicah dengan ulam petai,jering,pucuk mata itik,pucuk cemumar dan segala macam ulam lagi...Sedap teramat apabila berkumpul dan makan beramai-ramai.Malah adegan usik mengusik akan menembahkan lagi sedapnya nasi..ada sepupuku yang memasukkan cabai melaka dalam pinggan orang lain...apa lagi..meleleh air mata dibuatnya...
Selesai makan kami bergotong royong membersihkan mangkuk pinggan...ibuku dan golongan dewasa merehatkan diri dan berbual..Setelah siap berkemas kami pula berkumpul sesama anak-anak atau sesama kami yang berpangkat sepupu-sepapat ni...Biasanya acara teka-teki dan usik mengusik akan berlarutan sampai jam 11 malam.Pada waktu  bekalan eletrik belum ada jadi kami menggunakan pelita minyak tanah..Antara acara yang biasa dijalankan ialah pertandingan memegang api pelita minyak...siapa yang paling lama dapat bertahan dia akan menang..
Bila sampai time tidur kami tidur secara berjemaah.Yang perempuan satu kelambu dan yang lelaki satu kelambu...Apabila dah dapat bantal...apa lagi...lima minit ja aku dah ghaib..kadang-kadang kesian dengan sepupuku yang sorang tu..dia punya asyik bercerita...aku dah masuk alam lain....
Indah sekali apabila mengimbau kembali kenangan lalu....keakraban antara kami terjalin rapi samada sesama sepupu perempuan ataupun dengan sepupu lelaki tanpa timbul perasaan lain....tiada istilah cinta atau apa-apa..kami saling menghormati..sebagai contoh,ibuku anak kedua maka sepupuku yang lain akan memanggil aku kakak walaupun usia mereka lebih tua daripada aku....Keadaan ini kekal hingga hari ini..kasih sayang antara kami begitu erat dan tak mungkin dipisahkan.Sebeb itulah Rasulullah saw menggalakkan kita makan bersama kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara kita...
Kini...ada di kalangan sepupuku yang telah kembali menemui Allah....berderai airmata ini apabila mengenangkan semua kenangan itu...Ya Allah rahmatilah kami,siapalah kami tanpa rahmat dan kasih sayangMu...