CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 14, 2009

Syawal Berlalu....Zulkaedah menjelma

Syawal semakin sampai ke penghujungnya......berbahagialah sesiapa yang sempat menghabiskan puasa sunat enam hari di bulan Syawal....semuga mereka diberikan ganjaran setahun berpuasa...amin.
Zulkaedah akan menjenguk kita...bermulalah musim haji...Akan terpancarlah sinar gembira di wajah setiap insan yang bakal menjadi tetamu Allah....Ini mengembalikan aku ke musim haji 1423h di mana aku dijemput menjadi tetamu Allah.Berbagai kenangan pahit manis sepanjang menziarahi baitullah dan beribadah di sana.Terbukti di depan mataku beberapa tanda kebesaran Allah Ta''ala... Akan ku kongsikan bersama pembaca sekelian.
Peristiwa pertama.... Penerbangan kami terus ke Madinah.Sepanjang 9 hari di Madinah aku dipertononkan dengan suatu kebesaran Allah.Setiap hari aku ke Masjidin Nabawi bersama rakan sebilikku yang juga seorang guru.Suatu hari kawanku itu menegur,katanya dia merasa pelik melihat jemaah haji yang cuma bersolat di kakilima Masjidin Nabawi sedangkan mereka datang dari jauh dan mengeluarkan tambang yang banyak.Aku cuba memperbetulkan keadaan,mungkin mereka ada masalah wudhuk atau sebagainya ,kataku.maklumlah bila kita masuk ke dalam masjid,tempat wudhuk berada di luar.Suatu hari selesai solat fardhu aku menoleh ke kiri dan kanan,namun tidak terlihat kelibat teman sebilikku ini sedangkan tadi kami beriringan ke masjid.Akupun pulang ke bilik hotel dengan teman-teman yang lain. Lebihkurang 20 minit kemudian kawanku yang hilang tadi balik.kamipun bertanya ke mana dia pergi."Hari ini kak mendapat kifarah Allah ,"katanya."Apabila bilal iqamah kak sakit perut,terus ke bilik air dan apa lagi,bila selesai qadha hajat,terus aja solat kat tepi bilik air tu".Kamipun sedar akan kebesaran yang Allah tunjukkan kepadanya lantas sama-sama membanyakkan istighfar.
Peristiwa ke dua...... Setelah selesai melontar jamrah kami semua di bawa balik ke Mekah untuk menunaikan tawaf Ifadhah(rukun).Setelah selesai tawaf ,aku dan suamiku pun mulalah mengerjakan sa'ie. Selesai sa'ie kami pun bergunting.Terasa tekakku amat kering,lantas aku mengajak suamiku minum zamzam yang disediakan di kaki lima tempat sa'ie.Aku mengambil cawan yang disediakan...lantas terdetik dihatiku,mungkin air zamzam dalam tong ini dsh habis kerana ramai orang.Akupun menekan butang di tong tersebut.....sah air sudah habis.Lalu aku memberitahu suamiku...serasa akan menangis dalam keadaan dahaga yang amat sangat.Lantas suamiku mengambil cawan tadi dan berkata.."Ya Allah di hadapan Rumahmu ini Ya Allah air tak akan habis" Suamiku menekan butang di tong air zamzam dan keluarlah air dengan laju sekali.Alhamdulillah....dan aku beristighfar sebanyaknya kerana bersangka buruk di dalam hati lantas menjadi kenyataan...

Itulah dua peristiwa daripada beberapa peristiwa yang membuktikan keagungan dan kebesaran Allah yang mampu ku coretkan di sini semuga dapat menjadi pedoman dan iktibar kepada tetamu Allah tahun 1430H.....