CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 24, 2010

Di akhir 1431 H..marilah sama-sama kita muhasabah diri.....

Sepanjang 1431 H...sejauh mana ketaatan kita kepada Allah???
Sejauh mana kita mengabdikan diri kepadaNya???/
Sebanyak mana pengorbanan kita untuk patuh perintahNya....
sedangkan RahmatNya....
tak termampu kita menghitungnya
andai semua air laut dijadikan dakwat...
nescaya tidak mampu kita menyenaraikannya...
Insaflah sahabat semua...
bulatkan tekad jadikanlah diri kita
hambaNya yang bersyukur....

Wednesday, November 3, 2010

Faktor Penentu Kejayaan...

Wahai anak anak didikku....menjelang Nov maka semakin hampirlah anda semua dengan peperiksaan SPM dan STPM...Apakah anda telah bersedia??? Andai jawapannya ya...bagus.

Tahukah anda apakah faktor-faktor yang manantukan kejayaaan anda? Banyak membaca dan mengulangkaji????jawapan yang pasti....belum tentu itu faktor penentunya....Siapakah yang berkuasa memberi anda kejayaan???Jawapan yang pasti..ALLAH ang berkuasa memberikan kejayaan.Justeru itu...jangan sesekali anda semua wahai anak-anakku mengabaikan kewajipan kita sebagai hambaNya.Perindahkan lagi diri kamu dengan hiasan amalan sunat seperti berpuasa sunat dan juga membaca al Quran....Selamat menempuh peperiksaan...Semuga semua berjaya dengan cemerlang...

Friday, August 27, 2010

Di Pertengahan Ramadhan

Ramadhan ....pertengahanmu adalah maghfirah

hatiku kian sayu...
sebentar saja lagi
kau akan berlalu....
belum puas rasanya
mendakap lembut kasih
dan ihsanMu Ya Allah...
Berlalunya Ramadhan...
kian hampirlahkita padaNya
kian mendekatlah usia kita
ke penghujungnya
tambah sayu tika
menatap wajah-wajah teman yang seringkali bersama ke masjid
satu demi satu dijemputNya...
Harapanku
muga ini bukanlah Ramadhan terakhir buatku...
rahmatila aku Ya Allah
dengan rahmat dan ihsanMu...

Friday, August 13, 2010

Ramadhan......hadirmu ku nanti...

Ramadhan 1431...menjengah kini...bulan yang amat ku nantikan dan ku doakan saban waktu agar aku diberi kesempatan untuk bersamamu....Ada tikanya di bulan mulia inilah kesabaran kita teruji...tambahan insan yan bergelar perempuan... Entah kenapa kekadang hati kecil ini begitu mudah tersentuh..terguris...

Ya Alah kurniakan aku kesabaran dan ketabahan untuk ku lalui hidup ini..berikan aku kesempatan untuk mengutip sebanyak mungkin pahala dan kebajikan di bulan yang penuh berkah dan maghfirah ini.Muga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir untuk ku...

Tuesday, July 20, 2010

Siapakah perempuan si mata lelaki

Siapa kau sebenarnya.....
di zaman Jahiliyah kau diangkat darjatmu....
dari sehina makhluk
diperkosa...
dibunuh...tanpa rasa belas kasihan
Kini...
kau insan mulia...
namun ada tikanya
kedudukanmu masih seperti dulu...
dibelai,dipujuk rayu
saat diperlukan..
ada tikanya
ditengking,dihna
dkeji,dicaci
walau sekelumit silapmu...
sabarlah teman
memang perempuan...
begitukah nasibmu?????
namun yakinlah...
rahmat dan kasihsayang Allah...
meliputi segalanya...

Monday, July 19, 2010

Keinsafan...

Saat Syaaban menghampiri ke penghujungnya

meninggalkan kita..
lambaian Ramadhan kian terasa...
apakah kita mungkin berpeluang
merebut rahmat dan kasihNya
buat kesekian kalinya
Muga Ramadhan kali ini..
dapat lebih mengahampirkan kita padaNya...
muga kita kan lebih hampir
untuk merebut Maghfirah
lantas diberi peluang
merebut surgaNya...

Saturday, May 29, 2010

Kian Mendekat Kita PadaNya

Tiap detik berlalu..

semakin hampir kita padaNya..
sedetik nafas di sedut...
akan hampirlah kita
untuk bertemuNya...
justeru hakikat ini
janganlah kita terus alpa
lalai dan leka'dek nikmat dunia
bangunlah insan..
kutiplah bekalan sebanyak mungkin
kerna pasti kita di tanya
ke manakah umur kita habiskan,,,
dari mana dan kemana
harta kita dibelanjakan..
berbaktilah sesama makhluk
dengan apa saja yang termampu
agar kita dalam redhonya
dan dalam rahmatNya
berbahagialah nanti di sana..

Thursday, May 20, 2010

Salam ingatan...buat semua insan tersayang..

kekadang kita alpa
lupa siapa kita seketika
asyik dengan kelebihan yang ada...
hingga tercalar beberapa keping hati
lantaran dibuai rasa
oleh iblis sebagai musuh yg nyata..
ingatlah taman...semakin hari semakin kerdillah kita
tika saat makin hampir padaNya
yang Maha segala...

Wednesday, May 19, 2010

Mulianya Seorang Guru...

Seorang guru...

biar di injak usia
biar dimamah derita
biar sempit hidupnya...
biar tanpa wangberjuta...
tanpa kereta mewah..
tanpa penghargaan
tanpa nilaian
di sisi kacamata
seorang murid.. namun terus menabur bakti
demi kejayaan anak bangsa
demi redho Ilahi...
Itulah ulianya
hati seorang uru.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

Buat semua insan bergelar guru...

tahniah...
kerana
anda semualah yang menjadi tonggak
kejayaan
dan lahirnya
insan bergelar
Tan Sri,Dato" ,Datin,P.Menteri,Lawyer..
Doktor....Petani.
atau apa saja
dengan izin Allah.
Guru Pembina Negara..
SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 1, 2010

Jutaan Syukur BuatMu

Alhamdulullah...hanya itu yang termampu ku lafazkan buatMu Ya Allah....hari ini buat kali keduanya aku dan keluargaku terasa disirami barakah dan rahmatMu...ya Allah...Berita gembira ini kami raikan bersama....kejayaan anak keduaku diterima belajar di APIUM.

Ya Allah...berkatilah segala usaha kami selama ini...Kau kurniakan aku anak-anak yang soleh dan solehah Ya Allah...kau jadikanlah anak-anakku anak yang berjaya di dunia dan Akhirat.
Ya Allah berilah aku kesempatan untuk bangun bertahajus dan mengabdikan dirikupadaMu...Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.
Ya Allah...sesungguhnyakami adalah hambaMu yang lemah dan siapalah kami tanpa rahmat dan kasih sayangMu...berkatilah kami Ya Allah...

Saturday, April 24, 2010

Kita....Hamba Yang Sering Diuji.

Sebagai hambaNya....

kita seringkali diuji...
untuk menilai
ketabahan...
kesabaran.....jua keikhlasan kita
sebagai hambaNya.
Kita....sering diduga
dengan harta bertimbun
atau jua
tak punya apa...
Kita juga......sering dihiasi
berbagai cerita suka duka...
namun yakinlah...
kita diuji dengan apa yang termampu oleh kita sahaja...
lantaran Dialah
Maha Pencipta
Maha Mengetahui
Maha Berkuasa
atas segalanya.
Ya Allah...
jadikan aku
hambaMu yang bersyukur
atas segalanya.....

Friday, April 23, 2010

Anak Soleh Idaman Ibubapa



Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :


اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :

صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “.


Maksudnya :

“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.


Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38

(http://mutiaraislam.files.wordpress.com/2009/04/firman-11.jpg?w=420&h=65)


Yang bermaksud :
” Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. “

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

(http://mutiaraislam.files.wordpress.com/2009/04/firman-22.jpg?w=420&h=62)


Yang bermaksud :
“ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ


Maksudnya :
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia “.


Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

(http://mutiaraislam.files.wordpress.com/2009/04/firman-31.jpg?w=420&h=102)


Yang bermaksud :
” Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri.

Monday, April 5, 2010

April Fool

Salam sejahtera buat semua......adakah anda masih mengenakan seseorang apabila tibanya 1hb April???Kalau ya...maka sama-samalah kita meninggalkan perbuatan yang tidak baik ini...Kenapa???Pertama kerana ia adalah suatu penganiayaan.Ke dua ia adalah budaya barat...yang ditegah oleh Islammmm.

Marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan...tinggalkanlah segala perkara lagha..marilah sama-sama kita merebut peluang...menghampiri keredhoan Allah...selamat dunia dan akhirat.Amin

Friday, February 26, 2010

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim seterusnya

Thursday, February 25, 2010

Sesuci Namamu-Seharum Jasamu

Rasulullah......
tiap 12 Rabiul awwal
kami imbau kembali sirah mu...
detik kelahiran...
perjuangan
dan pengorbananmu...
betapa agung kasihmu
betapa besar jasa dan pengorbanan
untuk selamatkan
Kami sebagai umatmu
dari api neraka...
Ya Rasulullah....
alangkah sedih hari ini
masih ramai umatmu
yang alpa...
leka dengan tipudaya dunia
hingga tergadai
maruah dan agama....
Jutaan selawat mengunjungimu...saban waktu dan tika
tanda kasih kami kepadamu
ya Rasulullah.

Friday, January 22, 2010

Renungan Bersama....

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar).. Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.
Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid. Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
Bayangkan dia boleh hidup dengan selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan ia yang patut di contohi;
Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
Sering membaca Surah Al-Waqiah
Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
Suka menolong orang dan memberi derma
Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang Penyakit.
Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup. Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba).
Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
Sering bertengkar dengan isteri.
Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
Suka menengking jika ada orang mintak derma.
Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja..
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.
Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini… Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.
Cerita tak berakhir di situ.. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.
Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman…
Cuba kita tanya diri kita sendiri…
Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? Subhanallah. ..