CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 21, 2014

Marhaban Ramadhan

MARHABAN RAMADHAN
Kedatangan bulan Ramadhan semestinya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (HR. Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

Di antara persediaan yang perlu ada untuk menyambut Ramadahan ialah
1-Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu  neraka”. (HR. Ahmad)

2-. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan

3-Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh
4-Menambah ilmu tentang puasa agar kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna.
5-Menyediakan jadual harian agar kita dapat memaksiamakan amal soleh di bulan yang mulia ini.
Contoh jadual harian para ulama silam di bulan Ramadahan ialah :-
a-Mengerjakan solat sunat Tahajjud sebelum bersahur.
b-Segera menunaikan solat  Subuh secara berjemaah apabila telah masuk waktu solat.
c-Berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari.
d-Menunaikan solat sunat Dhuha dan membanyakkan doa dan zikir.
e-Keluar bekerja dan cuba untukmembanyakkan sedekah.
f-Banyakkan doa di saat hampir waktu berbuka dan tunaikan solat Magrib berjemaah.
g-Teruskan dengan solat Isya berjemaah dan solat sunat Tarawih serta  witir.
Semuga sedikit sebanyak panduan ini akan dapat membantu kita memaksimakan ibadah  pada bulan Ramadhan yang mulia ini.