CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 28, 2011

Aku Tidak Mengerti

Apakah yang kau mahu...
aku tidak mengerti..
apakah yang kau impikan...
aku tidak tahu...
apa yang kau fikirkan..
aku tidak memahami
Aku sendiri tidak mengerti
apa dalam hatimu..
aku hanya insan kerdil
aku jua milikNya...

Saturday, December 24, 2011

Luuahan Rasa Buat Teman

Bumi UKM telah menemukan kita dalam situasi kita dilanda masalah tempat tinggal...Jika sekali difikirkan...memang memenatkan..mana tidaknya setiap hari kita menaiki bas ke pekan  Kajang mencari rumah sewa..
Kuasa dan perancangan Allah amat cantik..kita detentukan Allah mendiami flat Bandar Baru Bangi....lantas segalanya bermula.Kita memulakan hidup bagai satu keluarga........susah senang kita hadapi bersama.Kita menjalinkan ukhuwwah dengan jiran-jiran di tingkat atas dan tingkat bawah rumah kita..Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar...
Sampai saat kita terpaksa berpisah setelah tamat pengajian...lantas kita membawa haluan masing-masing.Itulah saat paling memilukan aku...kaulah teman yang amat memahamiku selama ini.Kita berkawan kerana Allah..namun kini walau terpiasa kaita tetap meneruskan persahabatan ini sampai kepada anak-anak kita...Susah senang hidupku seakan dapat kau rasai biarpun kita tinggal berjauhan..Manisnya teman..Inilah persahabatan yang kita bina kerana Allah..Seringkali airmataku gugur bila terkenangkan semuanya...Kita telah berkeluarga tapi nasib kita tak sama...mungkin Allah taqdirkan begini untuk mengeratkan lagi antara kita.
Itulah doaku saban malam..di keheningan malam...Muga kita akan bahagia di sana..Akhirat yang abadi.

Saturday, December 17, 2011

Mencari Cinta Hakiki

Insan...sentiasa ingin di sayangi..ingin dikasihi..ingin dicintai
Kadang-kadang kita amat harapkan kasih insan lain...
Berpadalah kerana takut kita kecewa nanti
lantaran kasih sesama makhluk bukanlah abadi
bersifat sementara cuma
Wahai teman
wahai anak-anak sekelian
alihkan  tumpuan kita
ayuh kita cari dan rebut cinta Ilahi..
banyakkan ibadah dan mujahadah...
dapatkan cinta yang abadi
Cinta Ilahi......
selamanya tak akan surut
akan membahagiakan di sana..alam yang baqa
abadi selamanya.

Friday, December 16, 2011

indahnya Taqdir Allah

Seringkali kita tertanya..mengapa ini yang ditaqdirkan untuk kita????Kadangkala bukannya tidak redha tetapi nafsu ingin menyingkap segala rahsia milik Allah...jangan sesekali kita resah dan gelisah dengan ketentuannya...ada rahsia dan rahmat yang tak mampu kita singkap..kita tunggu dan lihat pasti suatu tika nanti ia akan terbentang depan mata....
Ingatlah..kita adalah makhluknya...justeru  itu jangan sesekali kita mengeluh apatah lagi menzahirkan rasa tidak puas hati kita itu di depan orang yang menyeyangi kita...lantaran hati..andai sekali terguris...biar seribu kemaafan dipinta..biar senyuman meleret di wajah namun yakinlah...luka hati sukar untuk sembuh sepenuhnya...
Insafilah diri..kadangkala kita asyik mengikut kata hati dan nafsu kita tanpa kita sedari sebenarnya kita telah membunuh beberapa jiwa yang memang amat memerlukan kita.

Tuesday, December 13, 2011

Di Mana Anda Sebenarnya...

Cuba nilai sendiri...di manakah diri anda di sisi Allah? Apakah anda layak untuk digelar kekasihNya????Kalau ya Alhamdulillah...tapi ayauh kita sama-sama muhasabah diri...
Apakah anda lelaki yang telah berkeluarga???Kalau ya..apakah anda melayan kerenah isteri dengan baik???Apakah anda memberi nafkah untuk mereka...memasak makanan untuk anak isteri????Apakah anda melayan anak perempuan dengan baik dan lemah lembut????Bagaimanakah anda berkomunikasi dengan isteri dan anak-anak????Marilah sama-sama cerminkan diri..andai inipun belum sempurna anda lakukan...layakkah kita menjadi kekasih Allah?????

Tuesday, December 6, 2011

Rintihan Anak

Elya...bangun! Itulah suara yang kedengaran..lantas mengejutkan Elya dari mimpi indah..."Astagfirullah halazim"Elya lantas bangun lantaran terkejut dengan jeritan itu...loantas dia menggosok matanya dengan debaran di dada.Serasakan degupan jantungnya amat pantas seolah-olah baru lepas lari pecut 100 meter.
Entah..begitulah tiap pagi..hanya tengkingan yang kedengaran dari bibir ibunya..Elya pernah jua terfikir..".apakah malangnya nasibku...apakah salahku sehingga ibu dan ayah tidak boleh bercakap atau mengejutkan aku dengan bahasa yang baik...."Elya bermonolog sendiri.
Dia segera bangun ...Elyalah yang menjalankan semua tugas ibunya....  
Pernah Elya disepak terajang oleh bapanya cuma kerana kesalahan yang kecil...iaitu adiknya menangis...kadang -kadang Elya mengharapkan ia dijemput Allah,kerana serasakan tidak mampu lagi menanggung perasaan..diseksa bagai hamba di rumahj sendir..apa saja yang dilakukan manjadi serba tidak kena di mata ibu dan bapanya....

Saturday, December 3, 2011

Apabila Kita Diuji...

Seringkali detik-detik duri yang dilalui terasa pedih, perit dan pahit.
namun, di celah-celah itulah sebenarnya ternukil sebuah natijah yang indah..
kerana,
di sini aku mengerti erti 'senyuman'
ALHAMDULILLAH...
Namun...siapalah kita yang mampu
untuk selalu diuji
andai tanpa bimbinganMu Ya Allah
hanya kerana aku
cuma seorang hamba
apa yg ada padaku
sebenarnya milikMU
sepenuhnya...
Jangan kau biarkan aku
tersasar dari landasanMu
Ya Allah Yg Maha Penyayang...

Monday, November 21, 2011

Ya Allah.....kurniakan aku ketenangan...dan kebahagiaan dalam hidup.Aku jua hambaMu...aku inginkan kebahagiaan dalam hidup...aku ingin menjadi hamba yang kau rahmati....aku ingin rasakan indahnya hidup di bumuMu...ingin bergembira bersama keluarga...abang dan kakakku....
Aku inginkan anak-anak yang cemerlang dan bahagia dalam hidup ini....

Wednesday, November 16, 2011

Kasih  sayang..
satu anugerah..
Cinta jua
satu anugerah....
justeru jangan kau buang anugerah ini
jangan kau campak
ke tujuh lautan
atau ke sahara....
belailah kasih dan
sayang...
jagailah anugerah ini....
muga kita bahagia...

Tuesday, November 15, 2011

Siapa Kamu Sebenarnya

Kata Orang
perempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok
bukan dari kaki untuk dipijak...
bukan dari kepala untuk dijunjung
namun benarkah semua ini...
andai saban waktu
hanya kata nesta dan cercaan
hanya tengking
dan amarah
ytang menghiasi hidupku...
sesekali
dirasakan tida nilainya
diri ini
di sisi insan yang ku sayang
di sisi
engkau yang bergelar suami....pesanku...
jangan sesekali ditangisi
andai aku terlebih dulu
dijemput Ilahi....

Anniversary Yang Memilukan....

5 Nov 2011...genap 21 tahun  aku menjadi isteri orang......entah apa istimewanya...aku pun tak tahu....apa yg aku lalui ialah....dimarah.....diarah...disuruh....tau-tau cukup setahun...dan kini dah 21 tahun aku menjadi seorang isteri....
apa yg mengesankan aku...5 Nov 2011 mak saudaraku dijemput Ilahi...sehari sebelun Aidil Adha.Aku amat terkesan...namun apa daya ..apa yang termampu ialah membantu menguruskan jenazah mak njang.
7 Nov pula kakak sepupuku dipanggil pulang ke hadrat Ilahi....semakin bertambahlah kesedihan yang kurasa.
Ingatkan sampai situ saja...rupanya sangkaanku meleset 12 Nov Tn Hj Hamid Sultan...(Bang Long) yang merupakan Imam di Kg Perigi meninggal akibat kemalangan jalanraya.Yang paling mengesankan ialah dia telah kemalangan berlanggar dengan anak saudara sepupuku....
Kini..semakin dekatlah aku untuk menyusul mereka..muga semuanya berbahagia di bawah rahmat Allah di sana...Amin

Monday, October 10, 2011

Contohilah Ibn Sina


Kehidupan Ibnu Sina

___________________________________________________


IBNU SINA berkata,

Ketika aku mempelajari ilmu mantik (ilmu yang berasaskan akal fikiran) dan falsafah, aku tidak dapat tidur lena walau semalam dan tidak juga melakukan perkara selainnya pada siang hari. Aku menyediakan sebuah fail khusus dan bagi setiap bukti yang telah aku teliti, aku masukkan ke dalamnya. Aku memikirkan syarat-syarat premis sehinggalah masalah itu dapat aku tahkikkan.

Masalah itu (mantik dan falsafah) sering membingungkan aku, dan apabila aku tidak dapat menyelesaikannya, aku pergi ke masjid dan bersembahyang, berdoa dengan rendah hati kepada Allah, sehingga Dia membuka yang terkunci tadi untukku dan menjadikan yang sukar menjadi senang.

Di waktu malam, aku kembali ke rumah, menyalakan lampu, menumpukan diri untuk membaca dan menulis. Apabila aku rasa mengantuk atau letih, aku akan minum syarab (jus) agar tenagaku kembali. Kemudian aku teruskan membaca. Dan apabila aku tertidur, aku dapat melihat semua masalah dalam mimpiku, dan banyak persoalan menjadi jelas (terjawab) dalam tidurku. Aku teruskan begini sehinggalah semua ilmu dapat aku dalami dan fahami. Semua yang aku tahu ketika itu adalah sama seperti yang aku tahu sekarang, tiada aku menambahnya hingga hari ini.

Aku menguasai ilmu mantik, sains tabii dan matematik dan sekarang ilmu metafizik. Aku membaca buku Metafizik karya Aristotle, tetapi tidak memahaminya walaupun aku membacanya sebanyak empat puluh kali, sehingga aku menghafal seluruh isi kandungannya. Namun, aku masih tetap tidak memahaminya, hingga berasa putus asa dan berkata,

"Ini adalah buku yang tidak mungkin dapat difahami".

Tetapi pada suatu hari di waktu asar ketika aku berada di kawasan penjual buku, seorang penjual berteriak-teriak untuk menjual sebuah buku yang ada ditangannya. Dia menawarkan kepadaku, tetapi aku menolaknya kerana berasakan buku itu tidak berfaedah. Kemudian penjual itu berkata kepadaku, "Belilah, tuan punya buku ini sangat memerlukan wang dan kerana itu harganya murah. Aku akan menjualnya kepadamu dengan harga tiga dirham". Lantas aku pun membelinya. Nah! ia adalah buku Abu Nasr al-Farabi tentang metafizik karya Aristotle. Aku kembali ke rumah dan segera membacanya dan dalam sekejap waktu aku memahaminya kerana aku telah pun menghafal buku Metafizik. Aku berasa sangat gembira dan keesokan harinya aku banyak bersedekah kepada fakir miskin sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.
___________________________________________________


Oleh itu, sama-samalah kita mencontohi cara Ibnu Sina menuntut ilmuJika sesuatu ilmu itu sukar untuk difahami, segeralah berwuduk dan mengerjakan solat dan memohon dengan rendah hati kepada Allah agar dimudahkan segala kesukaran. 


اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزئن رحمتك يا ارحم الرحمين. رب اشرح لنا صدورنا ويسرلنا أمورنا واحلل عقدة من لساننا يفقهوا قولنا

Ya Allah, bukakanlah hikmahMu dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu itu kepada kami wahai Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami serta lepaskanlah kekakuan lidah kami agar mereka mengerti perkataan kami. 

Monday, September 26, 2011


Kemanisan Iman dapat dirasai bila sepenuhnya cinta adalah untuk-Nya,
Kemanisan Iman itu dirasai bila adanya sifat tawaduk dalam diri.
Adakah aku layak untuk merasai satu kemanisan Iman yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya?
Aku merasakan masih banyak dosa yang sudah aku lakukan,
Seringkali terlupa akan setiap pemberian-Nya,
Mula mencari cinta-Nya apabila dilanda musibah,
Masihkah ada ruang untukku mencari keredhaan-Nya?
Masih terbukakah pintu-Nya untukku?
Adakah aku telah terlambat untuk merebut cinta-Nya?
Aku tahu Imanku hanya setebal kulit bawang,
Jika digugat, pastinya terkoyak,
Jika dipelihara, pastinya akan bertambah tebal,
Bagaimana untukku pelihara harta ini?
Agar terus terpelihara,
Dari noda dan dosa yang menghancurinya,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi kuat,
Mampu menangkis serangan syaitan laknatullah,
Aku tahu bahawa kadang-kadang Iman kita menjadi lemah,
Kalah dengan permainan iblis terkutuk,
Mula melupakan cinta pada Allah Azza Wajalla.
Iman ini merupkan pintu untuk pembentukan jati diri seorang insan,
Seorang insan yang hebat mempunyai Iman yang kental,
Tidak mudah tunduk dengan permainan hidup,
Seorang insan yang mempunyai Iman yang lemah,
Akan segera tunduk dengan permainan hidup,
Terus menyerahkan nasibnya tanpa terus berusaha,
Menganggap dirinya hina dan tidak mampu untuk berjuang.
Wahai semuanya,
Kemanisan Iman itu sentiasa ada untuk dirimu,
Terserah kepada kita untuk mencarinya,
Atau...
Melepaskan ia pergi...

-Artikel iluvislam.com

Allah  Tuhanku....padaMu kuserahkan segala
Dalam menghitung berlalunya hari-hari
ku harapkan rahmatMu....
Redhamu...padaMu ku pasrah segala.
Allahu Rabbi..
Kau yang menciptaku
dari titisan mani yang hina...
lantas darjatku Kau angkat
menjadi semulia kejadian
kini ku diuji...
Ya Allah kurniakan yang terbaik buatku
aku tak mampu menyelami...
hanya Kau yang maha tahu

Wednesday, September 7, 2011

syawal .......

tiada yang gembira....

cuma sendu semata
tiada yg ceria
cuma suram......
apa yg terdaya..
sendu dan airmata......
Ya allah..........
berikan daku ketenangan....
agar aku bahagia...

Thursday, August 11, 2011

Perjalanan Terakhir

Setiap insan
pasti merasa
saat perpisahan terakhir...
Itulah antara bait bait lagu dendangan Asri Rabbani...
amat menyusuk jiwaku...sebagai insan mahu atau tidak kita pasti melalui dan merasainya...
Ya Allah...
sempena Ramadhan yang berkat ini..
limpahkan RahmatMu
muga aku dapat melaluinya
dengan tenang
dan semudah-mudah kematian..
aku harapkan rahmatMu Ya Allah

Thursday, August 4, 2011

Mendamba KasihMu

Ramadan yang baru menjengahkan wajahnya...mengubat rindu di kalbu ini...setelah sekian lama kau kami rindu...kini rasa terubat segalanya...buana ini luas serasa...segar dan damai.

Ramadhan membawa seribu rahmat...mendatangkan beribu pintu kebajikan...khas buat kami mengumpul bekalan untuk kembali mengadapMu Ya Allah..
Buat kesekian kalinya aku bersyukur dengan kunjungan ini...ku harapkan ia kembali menjengah diriku..agar dapat ku kumpulkan bekalan sebanyak mungkin....Aku hambamu yang lemah...setiap waktu ku dambakan kasihMu...hanya Engkau yang maha mengetahui gerak hatiku...Kau yang berhak mentaqdirkan sesuatu yang terbaik buat aku..Ya Allah..ku dambakan kasihMu..tiap saat dan waktu

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan....ketibaannya amat dirindukan oleh hamba yang soleh...kedatangannya amat dinantikan lantaran pahala ibadah yang berlipat ganda.

Ramadhan hadirmu mengingatkan aku tentang makin hampirnya aku untuk kembali kepadaNya....kedatanganmu...memberi isyarat tentang bertambahnya usiaku....
Ya Allah...
andai ini Ramadhan yang terakhir
buat diriku yang kerdil ini
andai inilah peluang terakhirku..
berilah aku peluang..
mendekatkan diri padamu...
agar aku mendapat
rahmah...
maghfirah...
dan pembebasan dari nerakaMu....
Sesungguhnya aku tak layak
untuk syurgaMu...
namun tak upaya
menanggung azabMu...
ampuni aku Ya Allah....
muga sinar Ramadhan kali ini
memberi seribu makna
bahagia buatku...

Wednesday, July 27, 2011

JIKA INI YANG TERAKHIR

jika ini yang terakhir


Ya Allah, seandainya Ramadhan ini adalah yg terakhir buatku maka jadikanlah ia Ramadhan yg paling indah dan bermakna buatku..amin
yA aLLAH....izinkan aku menjejaki langkah kekasihMu
dalam ibadah...
dalam pergaulan...
dan dalam menjalani hidup ini
seluruhnya...
Before you Speak . . LISTEN
Before you Write . . THINK
Before you Hurt . . FEEL
Before you Hate . . LOVE
Before you Quit . . TRY
Before you Die . . LIVE

Aku milikmu Ya Allah...

Aku diuji...aku pasrah dengan taqdirmu....aku tetap menentang habis-habisan......Adik...jangan buat tuduhan begitu...siapa kita yang mampu menolak taqdir....Aku tak rela diuji begini...namun apa daya...kita di bawah kekuasaanNya..Dia Maha tahu...Dia mengujiku begini...dah tentu DIA tahu kemampuanku....

Jangan ambil tindakan melulu dik......setiap janji pasti dikotakan...kak akan tentang jin itu sampailah kita menang dik....

Wednesday, June 29, 2011

kita punya hasrat....

kita punya cita-cita....
kita punya keinginan....
lantaran kita adalahmanusia
punya hati punya perasaan...
Kita bebas melakar hidup
mewarnanya dengan warna-warna indah...
namun tak semua
jadi nyata seperti kehendak kita.....
Kuasa di tanganNya....Jangan gundah
seribu himahdi sebalik segalanya...
kasih sayang kita
jua miliknya....

Bagaimana Akhirnya

Adik ...maafkan kakakmu ini .aku tahu hari ini hatimu terguris lagi...kakakmu ini memang jahat....Maaf dik hukum Allah menetapkan segalanya...hukum Allah menetapkan agar kakakmu ini diuji sebegini...mungkin untuk 30 tahun...atau entahlah dik..hanya DIA yang Maha Tahu.

Adik kak amat menyayangimu....kak tak mampu nak berpisah denganmu walau sesaat..namun kak punya tanggungawab...kak pasrah dik..biar apapun situasi yang kak lalui kak tetap tunaikan tanggungjawab kak....
Hari ini adik melahirkan kebencian buat kak...tak apa dik...kak terima segalanya...biar kak membawa diri...biar kak ubati hati yang luka...biar kak menjeruk rasa sendiri....kak tahu kian hari...kian bertambah usia kak dan kian hampirlah kak kembali padaNYA...DIA maha tahu dik......mungkin dulu....apa yang kita lalui adalah sejarah...dan mungkin tak akan berulang lagi....
Kita terima taqdirnya...biar hati terluka dalam ingatan tetap abadi selamanya dik......biar jasad dikandung tanah.......Biar kak menganyam duka ini sendirian...pasrah pada ketentuan TUHAN...

Thursday, June 23, 2011

Apakah Ini Akhirnya....

Abang...dua puluh tahun kita bersama..menganyam derita malakar cerita suka duka bersama...
aku korbankan segala demi melihat kau memegang segulung ijazah..berkorban rasa..menempuh derita ditinggal keseorangan..segala jerih payah ku tanggung sendiri...aku kuatkan hati...tabah hadapi hidup....demi kasih padamu...demi melihat kau berjaya ke menara gading...Syukur ya Allah....
Kini segalanya tinggal kenangan rupanya aku mesti terus terusan berkorban apa saja...wang...harta jua rasa.... saban waktu aku berkhidmat untukmu...tanpa memikirkan diriku...hatta kesihatan sendiri.

Hancur luluh hati ini tatkala kau meluahkan rasa hatimu..kau memang jelak melihat aku...kau benci apabila terpandang wajahku...kau rasa nak marah bila sahaja melihatku...ya Allah apakah ini balasan untuk baktiku selama ini?????Aku terkedu mengingatkan kata-kata itu...kering sudah airmata ini... patutlah ada saja yang tak kena di matamu...apa yang ku buat salah belaka......aduh..sedihnya hati hambaMu ini Ya Allah...
Ya Allah izinkan aku mendapat kasih sayang seorang suami....aku juga ingin bahagia ya Allah...berilah sedikit rahmatmu untuk aku mengecap bahagia bersama suami yang mampu menyayangiku ya Allah....

Thursday, June 16, 2011

Kau Abadi Selamanya....

Kini dah 35 tahun kau bersemadi dalam hatiku....tak pernah lekang walau sesaat...walau sedetik...kau sirna dalam sanubariku bersama mengalirnya darah merah dalam tubuhku....kau tetap di dalam ingatanku bersama denyut nadi....bersama denyutan jantung mengepam darah ke seluruh tubuhku....begitulah kau yang ku kenal...kau yang telah sekian lama membesar bersamaku...kita sama-sama menghirup udara desa yang nyaman...kau yang membesar dan dewasa hasil susu ibu yang sama...
Adik..sejak kecil kita telah memetrai janji...susah senang kita akan bersama...ibuku adalah ibumu jua........janji yang kita padu sebelum aku dan kau berpisah untuk menimba ilmu....
Janji Allah lagi indah...tiada siapa di antara kita yang dapat menduga...bila dewasa kita kembali hidup bersama...namun airmataku sentiasa mengalir mengenang nasib diri...kau yang kandas menempuh dugaan hidup....kau diuji Allah dengan penyakitmu...Tabahlah adik....ajal maut di tanganNya...apa yang terdayakita mampu ikhtiar dan akhirnya pasrah ...semua dalam kekuasaan dan ilmuNya...siapalah kita yang mampu menongkah taqdir adik...namun sama-sama kita bermunajat agar Allah memberi kesempatan untuk adik menziarahi rumah Allah...sebelum dipanggil pulang mengadapNya....

Monday, June 13, 2011

suku abad berlalu......segalanya masih seperti dulu...ada tikanya kita tidak pandai nak menghargai permata yang Allah titipkan buat kita...kita leka dan kita alpa....kita tak hargai pemberianNya...
memang itulah insan..di saat Allah ambil kembali pemberianNya barulah kita akan tahu nilai pemberianNya....
Sedarlah teman...marilah kita hargai segala kurniaan Allah Taala untuk kita...

Friday, April 29, 2011

Ibu....

Biar seribu tahun..seorang ibu pasti kan resah bila anaknya tidak sihat...hatta walau selesema sekalipun.
Namun bila seorang ibu sakit....manakah anak-anak yang sudi menjenguk....membelai
dan setia bertanyakan keperluan si ibu..
inilah dunia akhir zaman....Ibu melahirkan tuannya...
Ya Allah jadikan aku anak yang solehah..kurniakan juga padaku...anak yang soleh dan solehah
kerna ku tahu
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Tuesday, April 12, 2011

SAHABAT

SAHABAT

benar lah dahulu
aku tidak pernah menghargai diri mu
kejujuran dan kesetiaan mu telah ku uji

betapa kejamnya diriku
betapa hinanya aku
sungguh diriku bukan lah sahabat sejati

kasih dan sayang ku terhadap mu
telah membunuh dan memakan
diriku sendiri

aku masih lemah
aku gagal mengawal nafsu ku
cemburu amarah dan ego
bercampur menjadi satu

Kenapa dirimu harus tetap setia menemani ku?
Kenapa dirimu tidak pernah berpaling dari ku?
Kenapa dirimu tidak jujur yang sungguh engkau terluka dengan ku?

Allah..
memang namanya penyesalan selalu datang lewat

aku rebah tatkala dirimu meninggalkan ku
aku hilang arah tika dirimu menyepi
dunia ku gelap seketika

Aku yang dahulu menghulurkan persahabatan
aku jualah yang memutuskannya

tidak ku sangka kata-kata ku setajam bilahan pedang
tidak ku sangka diriku lah yang memutuskan segalanya

memutuskan segala impian bersama
memutuskan kasih yang pernah bertaut
memutuskan mimpi yang pernah ku lakarkan
aku lah yang memutuskannya duhai sahabat

Allah...
memang namanya penyesalan itu selalu datang lewat

engkau pergi..
pergi membawa diri..
membawa bersama luka yang aku tinggalkan
maafkan ku duhai sahabat

aku juga terluka
terluka bersama parut yang ku ukir di hatimu
dunia ku gelap seketika
benar aku telah menyesal
namun semuanya sudah terlambat

tiada guna ku membina 1000 impian
untuk dikau kembali lagi
ku tahu impian ini tidak kan menjadi kenyataan

bertahun sudah bayangan mu menghantui
kerap kali wajahmu hadir menghiasi mimpiku
saban malam ku menderita
membawa bersama memori luka
perit..ia sungguh perit

dugaan apakah ini ya Allah
maaf kan ku
kerana tidak pernah sekali pun aku bersyukur
pada indahnya nikmat ukhuwah itu

namun kasih Mu itu tidak pernah berbelah bagi
tetap setia menghulurkan rahmat-Mu
meski aku telah sakiti satu jiwa
jiwa yang tulus dalam membina ikatan
Engkau lah sebaik-baik tempat untuk ku mengadu

sendu dan tangis menjadi teman sejati di saban waktu
setiap detik dihiasi penyesalan yang tiada henti

menjadi pengajaran dan pengalaman kepada ku
agar terus menjadi insan yang selalu menghargai dan menyayangi

meski pun cukup pahit untuk dikenang
namun ia tetap manis
dalam sebuah kamus kehidupan
buat insan yang bergelar hamba

inilah ujian buat ku
agar ku kembali pada-Nya

Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampun lah dosa-dosa ku

Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerana ku yakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


.:Indahnya Persahabatan Kerana Allah Taala:.

Monday, April 11, 2011

Kadang-kadang manusia cuba mentafsir ...
tetapi mereka sukar untuk memahami..


mungkin sekadar lukisan tanpa kata-kata,
tidak semua mampu membacanya..



tapi bagi kami,
lukisan itu adalah puisi tanpa kata..



kata-kata yang terkadang tidak mampu ditutur di bibir..
tidak termampu terzahirkan..
tidak mampu terluahkan..



hanya terinterpretasi hanya pada
pensel dan kertas...




Andai ujian datang lagi...
itu maknanya kita sedang diperhati
kita makin di kasihi
pleh Rabbul Izzati
hari ini kita diuji lagi
bukan lagi mimpi
tapi semuanya dah pasti
untuk kita baiki diri
jadilah hamba yg sejati

Hari ini kita diuji..
bangunlah hadapi realiti
untuk kita lebih
mengerti
hakikat diri
menuju hidup abadi
menjadi mukmin misali.

Saturday, April 9, 2011

kehidupan ini tidak beralas baldu dan sutera sepanjang masa
harmoni kehendak diri
likunya tak dapat dihindari..
duniawi di terima pasti
takdir dan suratan nan azali


apapun kisah mendatang
tabahkan hati...


kecewa jangan sekali..
bertungkus semangat juga azam..


ibarat padi berisi tunduknya ke bumi..
camar terbang tinggi pulang di senja hari
saling mengejar mahligai gading...

Dunia Ini Fitnah

Dunia ini penuh dengan fitnah dan kepuraan...insan sanggup mengada-adakan cerita...melakarkan watak-watak indah..penuh seribu pembohongan dan fitnah.Tujuannya cuma satu ...agar orang lain menderita.

Tergamak insan mereka cerita untuk memisahkan kasih sayang suami dan isteri..kasih seorang adik dan kakak...Demi Aallah tidak pernah terungkap kata-kata cinta dan sayang antara aku dan dia...namun sedihnya ada insan yang mengatakan ikatan cinta wujud sejak dua dekad yang lalu...sedih Ya Allah...Tiada lain antara aku dan dia sekadar seorang kakak dan adik biarpun hukum membenarkan kami berkahwian...selama ini keluargaku adalah keluarganya jua...namun ada insan yang kurang senang lalu menyebarkan fitnah hingga membuatkan suamiku curiga.Ya Allah bantulah hambamu ini...Berilah petunjukMu kepada insan yang suka menabur fitnah itu....
Aku sedar aku adalah hambaMu yang kerdil....

Friday, April 1, 2011

Siapa Kita Sebenarnya

Seringkali kita rasakan..
akulah insan terbaik
aku punya rupa
punya harta
punya kuasa...
akulah insan terpilih
untuk memimpin kaum yang lemah
untuk menunjuk jalan yang lurus
akulah
segalanya....
Sedarlah insan
akan hakikat siapa kita
sebenarnya
kita cuma insan kerdil
yang pasti disoal
atas segala perbuatan
adakah kita berbakti
kepadaNya...
dengan penuh hikmah..
penuh amanah?
Ingatlah...
kita adalah suami
pemikul amanah
bukan penguasa yang punya segala kuasa...

Sunday, March 27, 2011

Seribu Tahun Takkan Mungkin

Seribu tahun takkan mungkin....tak mungkin ku melupakan mu...Kaulah insan yang dikurniakan Allah buatku...kaulah insan titipan Allah untuk bergelar seorang suami kepada aku.Walau sejauh mana kebencian...walau sejauh mana kemarahan yang kau lontarkan...aku tetap menyayangi dan menghormatimu sebagai seorang suami..

Abang ,biar kini dah dua puluh tahun kita menganyam lakaran peristiwa yang memenuhi ruang hidup yang kita bina..bahagia dan derita silih berganti namun aku tetap mendambakan secebis kasih yang tulus darimu...lantaran aku kini tidak punya sesiapa lagi dalam hidup ini selain kamu wahai suamiku.

Saturday, March 19, 2011

Sehari Berlalu...Makin Hampir Kita PadaNya

Alhamdulillah...esok 20 Mac...bertambah lagi usiaku....kata ibu aku sebenarnya dilahirkan pada tanggal 18 Mac.Tapi dulu-dulu biasa la lambat pergi daftar ...jadi letak ajalah 20 Mac.Biarlah janji ada juga tarikh lahirku.


Hampir setengah abad aku menghirup udara nyaman kurniaan Ilahi ini...namun terasa bagai baru semalam aku memulakan langkah...menghitung hari ,mengutip sebanyak mungkin bekalan buat di bawa pulang menemuiNya...ya Allah Maha Berkuasanya Engkau...tanpa ku sedari serasakan baru semalam aku meninggalkan bangku persekolahan rupanya dah dua puluh tahun aku bekerja.

Sesekali bila ke masjid aku rasakan semakin hampir aku untuk dipanggil pulang oleh Yang Esa...manakan tidak saban hari ada sahaja hambaMu yang dipanggil pulang...umur mereka ni pula baya-baya aku saja...Ayuh insan sedarlah..kian hari kian hampir kita ke destinasi terakhir...justeru itu rebutlah peluang...beramallah sebanyak mungkin...

Ayuhai suamiku tercinta...andai aku dijemput terlebih dahulu kau redhokan aku...ampunkan segala salah dan silapku...aku telah mencuba untuk menjadi isteri terbaik buatmu..namun aku adalah insan biasa cuma...maafkan segala keterlanjuranku.Aku amay mencintaimu abang...

Wahai anak-anak tercinta...andai ibu pergi dulu...jangan lupa doakan ibu...jadilah anak-anak yang soleh yang sentiasa mengejar ilmu dan sentiasa berdamping dengan al Quran...muga hidup kalian akan bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat sana...Cubalah kalian istiqamahkan diri dengan bertahajud.....dan membaca al Quran.

Ayuhai adik yang ku sayang....maafkan kakakmu andai tidak dapat membahagiakan kamu lantaran ketentuan Ilahi buat kita..Terima segalanya dengan pasrah...tentu ada hikmah yang tak terjangkau oleh kita...mulakan hidup baru adik...Allah sentiasa bersama kita.Hidupkanlah malammu dengan ibadah dan munajat.Doakan kakakmu ini...

muga kedatangan 20 Mac kali ini memberi seribu erti buatku.muga diriku semakin dekat padaNya .Ya Allah berikan aku kesempatan untuk mengumpul bekalan agar aku dapat mengecap nikmat syurgaMu Ya Allah...

Friday, March 11, 2011

Andai itu TaqdirNya

Aris tiba tepat pada masanya...di saat ketibaannya hari itu keadaan Pak Majid memang sedang nazak.apa yang termampu dibantu ialah dengan mengingatkan pak Majid dengan kalimah allah dan lafaz syahadah.Memang telah ditakdirkan Aris tidak sempat untuk berbual dengan bapa saudaranya itu.Di tika itu juga sampai pula saudaranya yang tinggal di Selangor Yani...dengan tujuan yang sama iaitu menziarahi bapa saudara mereka yang diberitakan tenat semalam..

Taqdir Allah tiada siapa dapat menduga...ajal pak majid telah tiba...lalu tinggallah semuanya.Seperti senikata lagu dendangan el Suraya..Bila Izrail datang memanggil.....sekujur tubuh di pembaringan .Tinggallah segalanya.
Selesai majlis pengkebumian....Yani kembali ke rumaah pak Majid...membantu apa yang perlu..hairan Yani melihatkan Aris yang asyik termenung...seolah ada sesuatu yang membelenggu diri.Lantas Yani memberanikan diri bertanya hal yang sebenar...lantas tersingkap semua permasalahan..rupanya rumahtangga Aris dilanda gelombang dan badai...seolah-olah telah hancur berkecai...Yani terus menasihati Aris...semuga masih ada jalan perdamaian...tapi hampa.Jelas kini kekusutan itu wujud sejak 15 tahun yang lampau...namun masing-masing memendam rasa hinggalah kemuncaknya Aris dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya...Yani yang mendengar berita itu terkedu tanpa sepatah kata...yang ada cuma aliran airmata membasahi pipi..
'Maaflah bang andai pertanyaan Yani menyentuh hati abang"-ucap Yani."Tak apa dik dah taqdir jodoh abang macam ni"balas Aris.
Sejak itu Aris mula mengimbau kembali ke zaman kanak-kanak tatkala dia dibesarkan bersama dengan Yani.mereka berdua amat akrab walaupun hanya sepupu.Saban hari mereka bergilir-gilir makan tengahari.Ada tikanya di rumah Aris dan ada tikanya di rumah Yani.Pernah suatu ketika ibu Aris berura-ura untuk menjodohkan mereka..namun disebabkan suatu peristiwa Aris membawa diri dan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya.Yani pasrah pada keadaan.Apa yang penting Yani mahu buktikan dia mampu menjejakkan kaki ke menara gading demi mencapai cita-citanya untuk mengubah nasib keluarga.
Biar semua peristiwa itu berlalu 30 tahun yang lalu..namun segala kenangan dan impian itu masih segar diingatan mereka berdua.Tiap kali bertemu mereka pasti merasa seronok,sayu dan entah seribu macam perasaaan lagi yang bermain di hati.Mereka pasrah pada ketentuan dan rahsia Allah yang tidak menjodohkan mereka.
Sebulan berlalu...Aris dilanda sakit misteri.Dia cuba mencurahkan perasaannya..namun apa daya tiada jodoh antara mereka.Yani dah pun berkeluarga kini.Saban hari Yani menziarahi dan memberi kata-kata semangat buat Aris.Itulah yang dikatakan taqdir....di suatu subuh yang bening Yani telah dijemput Ilahi.Aris menangis semahunya....bukan hendak menyalahkan taqdir...tiada siapa tahu taqdir Allah.Insan yang menanggung penderitaan sakit masih segar bernafas..sebaliknya yang dirasakan sihat lebih dulu dijemputNya.Kini Aris dan Yani berpisah lagi...tak kan berjumpa lagi.Yani pergi membawa cinta suci yang telah dipendam selama 30 tahun dulu...tanpa siapa tahu.Itulah taqdir Yang Maha Kuasa.Tinggallah Aris menjalani sisa-sisa kehidupan sendirian setelah dibuang oleh keluarga sendiri.(Petikan novel...)

Tuesday, March 8, 2011

hukum meninggikan sanggul di dalam tudung kepala

"Masya Allah... ramainya bertanya kepada saya soalan yang sama, benarkah wanita bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung itu termasuk dalam maksud hadith yang Allah SWT melaknat wanita yang rambutnya berbonggol seperti bonggol unta, bergoyang-goyang untuk menambahkan kecantikan dan menarik perhatian.

Jawapannya ialah YA!"

Ini adalah hadis Rasulullah S.A.W. yang dimaksudkan Ustaz Hasrizal



عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:

Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212,
(Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)-


Aku tak pasti pulak macam mana rupanya "bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung" , ingatkan maybe boleh tunjuk contoh gambar.

Sekadar perkongsian dan peringatan. Semoga kita boleh saling ingat mengingatkan dan nasihat menasihati. ^_^

Nabi S.A.W bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Sesungguhnya Allah swt para malaikat-Nya, para penghuni langit dan bumi hingga semut-semut di sarangnya juga ikan di lautan pasti mendoakan para pengajar kebaikan untuk orang lain.
(Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili, At Tirmidzi berkata Hadis ini Hasan Sahih Gharib, no 2609 dalam Sunan At - Tirmidzi, maktabah syamilah)



Sunday, March 6, 2011

Ku Pasrah Pada Taqdir

Salam sayang buat teman.....seringkali ku terdengar keluhan dari bibirmu...kau menyesali kehilangan itu...yakinlah teman tiap pertemuan pasti kan ada perpisahan...usah kau risaukan akan perpisahan itu namun sebaliknya hendaklah kau kesalkan pertemuan yang berlaku kerana tanpa pertemuan tidak akan wujud perpisahan.

Teman...bangunlah..ayuh aturkan langkahmu dengan penuh semangat agar ia tak tempang lagi...agar kau tak terus-terusan rebah dan kecundang..baliklah pada taqdir teman...Kita cuma sekadar insan biasa..tak mampu untuk menyingkap seribu rahsia di sebalik taqdir yang Esa...Ingatlah maksud firman Allah..."Mungkin sesuatu yang kamu benci itu mengandungi seribu kebaikan buatmu...dan mungkin sesuatu yang kamu suka itu sebaliknya punya seribu satu keburukan buatmu"Yakinlah teman..kita hidu atas qudrat dan iradatNya...mana mungkin kita menyingkap seribu rahsia di sebalik anugerahNya....justeru itu hadapilah hidup ini dengan penuh yakin...pasrah pada ketentuanNya dan ceriakan dirimu selalu.Hidupmu ku iringi doa tiap waktu.

Thursday, March 3, 2011

Kasihku Abadi

Meneliti novel Lili buat Najah.....menyedarkan aku .Ada tikanya kita alpa dengan apa yang kita miliki....kita rasakan ia tidak bernilai...namun bila ia hilang..ternyata amat berharganya ia....
Buat semua teman yang telah menjadi isteri.Suami adalah anugerah Allah yang tak ternilai buat kita...apa jua sikap dan tingkahlaku suami itu...terimalah seadanya...itulah satu cara Allah nak menterbiah hambaNya yang dhaif seperti kita..Buat teman yang bergelar suami...hargailah isteri anda...namun jagalah hubungan dengan ibubapa kerana kita hidup di dunia ini ibu kita hanya satu...bapa kita jua satu...namun sedarlah teman...walaupun satu namun pesan mereka beribu-ribu...
Kasih sayang adalah anugerah Allah..pupuk dan bajailah ia agar tetap subur hinggala nyawa kita terpisah dari badan...Janganlah sesekali kita memutuskan Silaturrahim..

Monday, February 28, 2011

Permata Yang Hilang....

Ya Allah akulah hambaMu yang dhaif lagi kerdil hanya mampu menghitung hari...mengatur langkah melalui segala qada' dan qadarmu.Selebihnya aku hanya mampu pasrah atas kehendakmu.Selangkah kaki melangkah...kian bertambah usia ini semakin dekatlah aku untuk kembali mengadapmu yang maha Pencipta.Namuan atas dasar punya hati dan perasaan yang Kau kurniakan...aku tetap menaruh harapan.

Ya Allah aku hambaMu tetap pasrah namun tetap mendambakan kasihMu..andai ada waktu untukku kau berilah peluang untuk aku memiliki permataku yang hilang suatu tika dulu....buat penghias hidupku walau seketika cuma...walau di saat hampir terpisahnya rohku dari jasad..itulah yang ku dambakan Ya allah....
Ya Allah Yang maha Penyayang..permata yang tidak ternilai itu telah jatu...hilang suatu ketika dulu...permata yang diberikan ibu...aku sedih atas kehilangannya namun tetap mengharapkan sifat Rahman dan rahimMu...kembalikan ia padaku Ya Allah....

Thursday, February 24, 2011

Munajat dan Harapan

Salam ingatan....peristiwa 30 tahun lalu kian menari-nari di depan mata...tiada siapa menduga ia kan berulang kembali....kasih sayang yang dicurahkan cuma sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi......masing-masing memendam rasa menjeruk jiwa...tiada niat lain cuma takut terguris hati tersayang...takut terurai ikatan yang padu...

kini segalanya di singkap satu demi satu....segalanya masih tersusun kemas di lipatan hati...setelah kau dibuang kini,barulah segalanya terserlah..
usahlah kau menyalahkan diri habis-habisan...menghukum diri tanpa keruan...ingatlah segalanya adalah taqdir Tuhan...sebagai hamba kita tidak mampu mencernakan...ilmunya amat luas seluas tujuh lautan...
namun harapan ini tetap di pertaruhkan muga kita akan diberi kesempatan...andai ada rezki,andai masih ada jodoh biarlah ia tetap jadi kenyataan biarpun sedetik cuma biar di saat nyawa akan berpisah dari badan.
Ya Allah Yg Maha Penyayang...dengarlah keluhan hambaMu ini...kurniakan aku kesempatan itu buat aku..ingin ku berbakti pada seorang yang bergelar suami...
Jangan kau paksa aku untuk membunuh semua kenangan itu lantaran ia lahir dari jiwa yang tulus mka mana mungkin ia kan hilang...apatah lagi akan mati....malah makin dilontar makin ia menghampiri...maafkan aku andai terus-terusan menyayangimu...bersama satu harapan...bahagia bersama.

Wednesday, February 23, 2011

Di mana penghujungnya....

20 tahun ku anyam untaian kata membentuk secuah ceritera yang entah di mana akhirnya.....kini setelah sekian lama ia terpendam bersama buih-buih duka,bersulamkan derita dan airmata...lantas pasrah pada kehendak yang Esa..Kau muncul kembali...masih setia bersama seribu harapan...namun apa daya kita taqdir yang Esa mengatasi tadbir....siapalah kita sekadar hambaNya yang tidak berupaya menyingkap segala rahsia dan hikmah..

Yakinlah teman.tiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat...kini kita lakarkan lukisan hidup itu...teruskan biar ia bagai dua garisan selari yang entah bila kan bertemu...
Apa yang nyata dan pasti...DIA Maha Penyayang,Maha mendengar rayuan dan harapan hambaNya...muga di suatu ketika nanti segala impian yang di bina dua dekad lalu kan menjadi nyata biar seketika cuma...biar di kala nafas di hujung ubun sekalipun...
Ya Allah hanya Engkau yang mampu menyingkap segala rahsia ini...kami pasrah padaMu ya Allah.

Tuesday, February 15, 2011

salam sayang buat adik tercinta...malam ini airmata kakak tumpah lagi.Begitulah yang berlaku pada Runi.....setelah sekian lama dia memendam rasa...mengharap bulan yang tidak dapat dicapai tanga,cahaya purnama kian menghampiri-tiba awan mendung melitupi cahaya tadi...apakah perlu dia membuktikan kesetiaannya kali ini sedangkan sejak 30 tahun yg lalu dia setia menanti penuh mengharap...Dia pasrah pada kehendak taqdir yang tidak menemukan dia dengan buah hatinya itu..harapannya cuma satu biar tak dapat mencapai bulan...dapat melihat ia terus menyinarkan cahayanya pun sudah cukup membahagiakannya.....

Thursday, February 10, 2011

Munajat.....

Allah itu Maha agung...Maha berkuasa...Maha Mengetahui segalanya....Setiap apa jua yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan ilmuNya...Kita sebagai hamba sewajibnya akur dan tunduk patuh pada semua ketentuannya....ingatlah insan...jangan sesekali leka dan lalai dengan godaan syaitan yang ingin merosakkan kamu...
Ya allah...jadikanlah diri ini sebagai hambaMu yang taat dan sentiasa dirahmati.Janganlah Kau uji kami ya Allah dengan sesuatu yang tidak mampu kami tanggung...Ya Allah Engkaulah yang menjaga dan mengawasi hati-hati kami.Engkaulah yang mampu membolak-balikkan hati kami..Justeru itu kau tetapkanlah hati kami di jalan lurus agar kami sentiasa berada di landasan yang kau redhoi....Ya Allah...ya Tuhanku...kau padamkanlah segala kenangan lalu itu...kau simpan dan sematkanlah sebaik mungkin dalam lipatan sejarah hidup kami agar kami dapat menghadapi hari-hari mendatang dengan cemerlang dan di bawah rahmatMu sentiasa.
Ya Allah..sesungguhnya kami ini adalah hambaMu yang lemah...seringkali terpedaya dengan tipudaya syaitan....kau lindungi dan peliharalah kami Ya Allah.....Seluruh jiwa raga kami hanya milikMu Ya Allah....Kau satukanlah hati-hati kami untuk membela agamaMu Ya Allah....
Dalam keheningan malam ini...hanya ini pohon dan pinta kami Ya Allah...kepadaMu kami bermunajat....

Tuesday, February 8, 2011

Kelebihan Solet Sunat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Firman Allah s.w.t :


Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikan nya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).