CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 31, 2012

Tazkirah 1Jan 2013

Agak lama aku menyepikan diri...minggu-minggu terakhir cuti akhir tahun agak sibuk,maklumlah nak siapkan baju dan keperluan anak...dan aku juga sudah mula bertugas di sekolah..aktiviti penjualan buku tulis rancak dijalankan...
Hari ini aku kembali menjalankan tugas rutinku..pagi-pagi menghantar anak-anakku ke sekolah.Seawal 6.45 pagi aku bertolak..hari pertama..anak-anak pun dah lama merindui sekolah yang ditinggalkan.
Di tengah perjalanan aku melihat beberapa orang murid mengayuh basikal ke sekolah...Lalu aku terimbau kembali zaman persekolahanku.Begitulah rutinku tiap pagi..seawal 6.40pg aku mengayuh basikal ke sekolah sejauh 10km bersama dengan kawanku Suraya.
Kesempatan pagi tadi aku ambil untuk jadikan tazkirah buat dua orang anakku di dalam kereta."Akem..Madihah..tengok tu,depa kena kayuh basikal..macam zaman mak sekolah dulu..Kamu berdua kena bersyukur dan belajar betul-betul...kamu berdua ke sekolah hari ini dengan kereta..mak hantar sampai depan pagar sekolah...duit belanja pun mewah...kamu boleh siap makan tengahari di sekolah..mak dulu duit belanja cuma 40 sen..mak cuma dapat makan dua biji kuih...nasi kena makan kat rumah jam 2.30 petang nanti"Tanpa sedar airmataku mengalir...mengenangkan kesusahan hidupku....namun ku bersyukur Ya Allah semua kesusahan itu telah menjadikan aku seorang insan yang bersemangat tinggi..dan Alhamdulillah dengan rezki yang Allah kurniakan untuk aku hari ini...
Untuk anak-anakku,jua anak didikku...ingatlah setiap ujian Allah pasti ada rahmat untuk kita..yang penting sentiasalah mengadu kepadaNYA...DIAlah Maha Pemberi dan Maha Mengetahui...

Friday, December 14, 2012

Berfikiran positif

Sentiasalah berfikiran positif..
andai kita suka
kita tersenyum
itu tandanya kita senaman muka
alhamdulillah
andai hati terguris
kita mengalirkan airmata
tanda hati berduka
itu tandanya
Allah beri peluang
kita membersihkan mata.
Alhamdulillah.
Andai tidur kita tidak lena
terbangun di tengah malam
itu tandanya
Allah beri peluang kita bermunajat
beribadah padanya..
Alhamdulillah.
Andai hari ini selera kita tiada
bersyukurlah
kerana Allah bagi kita peluang
merasakan betapa sengsara
rakyat yang tiada makanan
Alhamdulillah.
Andai hari ini hati kita disakiti
syukurlah
Allah memberi pahala percuma untuk kita
Alhamdulillah.
Sentiasalah berfikiran positif
pasti kita bahagia
di bawah rahmatNya.

Thursday, December 6, 2012

Semanis Kenangan..Seindah Pengalaman

Kali ini aku akan menceritakan pengalaman berulang alik ke sekolah dengan basikal.Usiaku ketika itu 13 tahun...atas arahan ayah aku menerima cadangan ayah untuk menyambung ke sekolah agama atau dikenali dengan sekolah pondok.Sebagai anak ayah yang baik cadangan itu aku terima dengan senyuman walaupun terdengar berbagai rungutan daripada mulut orang kampung...
Aku terpaksa menghadapi 15 matapelajaran baru dan terpaksa menduduki kelas peralihan selama setahun.Maklumlah...bukan senang nak belajar b Arab ni....satu bahasa yang aku tidak pernah belajar sebelum ini.Yang adapun cuma membaca al Quran dalam bahasa Arab.
Setiap hari aku mengayuh basikal sejauh 10km...penatnya hanya Allah yang tahu.2 tahun yang pertama aku bersekolah sesi petang...penat dan letih..hanya Allah yang mengetahuinya.Pesan ayahku cuma satu,masih ku ingat hingga hari ini."Ayah nak anak ayah belajar bersungguh-sungguh..supaya jadi manusia berilmu..ayah tak kisah besar nanti anak ayah kerja apa pun yang penting ada ilmu"
Tahun demi tahun ku lalui dengan tabah sehinggalah usiaku 17 tahun dan aku mengambil peperiksaan SPM.Aku amat ingin untuk menyambung pelajaran ke Mesir...tapi ibu menghalang dengan alasan takut kalau-kalau aku tidak sempat berjumpa ibu di saat kematiannya.Aku terima nasihat ibu...ku pendamkan hasrat yang satu iaitu ingin menuntut ilmu di bumi anbiya,'.
Aku akhirnya mambuat keputusan mendalami bidang bahasa Arab yang amat ku minati dan cintai itu diUKM sahaja...dan alhamdulillah kecemerlangan menjadi milikku.Mungkin kerana berkat patuh pada kehendak ibu dan ayah..Alhamdulillah,...aku dah dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan hidup hari ini....
Untuk anak-anak dan muridku...patuhilah arahan dan nasihat ibubapa..di sana ada keberkatan hidup...

Sunday, December 2, 2012

Lagi...Kenengan Lalu..

Satu lagi kenangan....bila tiba musim durian...biasanya dalam bulan Julai.Masuk ja bulan Mei...apabila selesai menguruskan sawah aku akan mengikut ayahku ke dusun duria.Maklumlah pada masa ini durian dah berbunga dan mula berputik.Biasanya hari Jumaat dan Sabtu aku akan membonceng motosikal ayah...untuk ke dusun yang letaknya lebihkurang 8 km dari rumahku.Biasanya ibuku dah bermalam di dusun...menumpang di rumah bapa saudaraku...Pak Su Hasan dan kadang-kadang rumah Pak Teh Bakar.
Apabila sampai ja di dusun aku akan membasuh baju-baju sekolahku di sungai....basuh atas batu...nyaman dan segar sekali.Gembira tak terkira kerana sambil membasuh terdapat anak-anak ikan yang bermain air...rasa bahagia sangat tika itu.Apabila petang kami akan bermalam di dangau yang disediakan oleh ayahku.kalau ayahku balik..maka kami akan bermalam di rumah bapa saudaraku.
Part yang paling seronok ialah bila tiba waktu malam....akan kelihatanlah kunang-kunang atau dalam bahasa utara disebut kelip-kelip.Indah dan damai sangat rasa hati.
Kalau aku dan ibuku bermalam di rumah Pak Su maka akan riuh rendahlah malam itu..maklumlah bila aku dan ibuku menumpang di rumah Pak Su maka semua sepupuku yang seramai 20 orang itu akan berkumpul....kami akan masak dan makan bersama.Menu yang biasa ialah ikan kering goreng...sambal belacan dicicah dengan ulam petai,jering,pucuk mata itik,pucuk cemumar dan segala macam ulam lagi...Sedap teramat apabila berkumpul dan makan beramai-ramai.Malah adegan usik mengusik akan menembahkan lagi sedapnya nasi..ada sepupuku yang memasukkan cabai melaka dalam pinggan orang lain...apa lagi..meleleh air mata dibuatnya...
Selesai makan kami bergotong royong membersihkan mangkuk pinggan...ibuku dan golongan dewasa merehatkan diri dan berbual..Setelah siap berkemas kami pula berkumpul sesama anak-anak atau sesama kami yang berpangkat sepupu-sepapat ni...Biasanya acara teka-teki dan usik mengusik akan berlarutan sampai jam 11 malam.Pada waktu  bekalan eletrik belum ada jadi kami menggunakan pelita minyak tanah..Antara acara yang biasa dijalankan ialah pertandingan memegang api pelita minyak...siapa yang paling lama dapat bertahan dia akan menang..
Bila sampai time tidur kami tidur secara berjemaah.Yang perempuan satu kelambu dan yang lelaki satu kelambu...Apabila dah dapat bantal...apa lagi...lima minit ja aku dah ghaib..kadang-kadang kesian dengan sepupuku yang sorang tu..dia punya asyik bercerita...aku dah masuk alam lain....
Indah sekali apabila mengimbau kembali kenangan lalu....keakraban antara kami terjalin rapi samada sesama sepupu perempuan ataupun dengan sepupu lelaki tanpa timbul perasaan lain....tiada istilah cinta atau apa-apa..kami saling menghormati..sebagai contoh,ibuku anak kedua maka sepupuku yang lain akan memanggil aku kakak walaupun usia mereka lebih tua daripada aku....Keadaan ini kekal hingga hari ini..kasih sayang antara kami begitu erat dan tak mungkin dipisahkan.Sebeb itulah Rasulullah saw menggalakkan kita makan bersama kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara kita...
Kini...ada di kalangan sepupuku yang telah kembali menemui Allah....berderai airmata ini apabila mengenangkan semua kenangan itu...Ya Allah rahmatilah kami,siapalah kami tanpa rahmat dan kasih sayangMu...

Friday, November 30, 2012

Kenangan Lalu...Tetap Mengusik Jiwa...

Tika aku bersekolah...sejak sekolah rendah aku seringkali diajak ibu untuk ke bendang. Tujuannya cuma satu...sejak berusia lima tahun..aku diajak menemani ibu melihat padi di sawah.Kata ibu.."padi yang selalu dilawati..akan membuahkan hasil yang lumayan..."Apabila aku bersekolah rendah..ibu mula mengajar aku memegang' kuku kambing'..belajar menanam padi....Tika ini aku mula merasakan betapa sakitnya belakang kerana membongkok untuk menanam anak-anak padi...Aku mula merasai apa sebenarnya yang ibu rasakan selama ini...inilah kerja ibu untuk membesarkan aku,abang dan kakak.
Hidup di kampung tika itu amat susah..kalau musim kemarau bekalan air paip akan terputus...maka aku dan kakak akan bangun di tengah malam,menjenguk kepala paip..kalau ada air maka kami akan menadah air itu untuk minumman kami sekeluarga..Pernah satu ketika bekalan air paip terus kering..maka terpaksalah kami menggali perigi di dalam sungai yang turut kering..dapatlah sedikit mata air..bercampur dengan lumpur..keruhnya Allah yang tahu.
 Ibu mengarahkan aku ke kedai membeli 'tawas'..lalu ibu bungkus dengan kain dan ibu gantung ke dalam perigi yang digali tadi..dapatlah air yang jernih...tapi rasanya payau.Apa nak buat hanya itu yang ada...
Bila tiba musim cuti sekolah ..bulan Disember..merupakan saat yang paling aku suka.Mana tidaknya hujung tahun bapa saudaraku akan mengadakan operasi menanam tembikai di kaki Gunung Jerai.Apa lagi..kami pun akan berkampud di sana beramai-ramai.Nak sampai ke sana kami terpaksa naik bas untuk separuh jalan dan yang selebihnya dalam 5km lagi...kami terpaksa berjalan kaki.Maklumlah rumah atukku jauh ke dalam..menghampiri gunung jerai...jalan yang dilalui..cuma batu-batu bukit....Namun semuanya amat mengembirakan...
Biasanya aku akan kembali ke rumahku setelah seminggu membantu bapa saudaraku menanam tembikai dan juga sayuran.....Selalunya bila balik semula ke kampung..padi dah mula berisi...jadi ibuku akan menjemput jiran-jiran untuk bersama-sama membuat emping daripada padi pulut...Gotong royong membuat emping biasanya diadakan pada waktu malam...sambil menggoreng emping..kami budak-budak asyik membuka cerita dan bermain teka-teki...Bila emping dah siap...waduh...enak sekali apabila emping tadi dimakan bersama nira nipah.Apa nak susah..nira nipah yang di hasilkan oleh pokok nipah di sekeliling rumah ku kan ada....ambik aja...namun kini..aku tak dapat lagi nak rasa keenakan nira pokok sendiri...
Aku pun tak tahu..apa lagi nak ku coretkan di sini...lain kali aku akan bawakan topik lain pula.Semuanya dah jadi kenangan....semua kesulitan dan kesempitan hidup itu telah mendewasakan aku..biar aku terpaksa penat bekerja membantu ibu di sawah..mengangkut air..namun kasih aku kepada ibu dan kasih ibu kepadaku tetap abadi selamany..hidup kami memang susah dan daif tapi kami bahagia kerana ibu dan ayah amat jarang meninggikan suara dan menengking kami....Ibu..kau tetap dihatiku...Ya Allah rahmatilah ibu dan ayahku.

Minda Akob: AMALAN SUNNAH DAN BIDAAH PADA BULAN MUHARRAM

Minda Akob: AMALAN SUNNAH DAN BIDAAH PADA BULAN MUHARRAM

Sunday, November 11, 2012

Anniversary...Sekeping Hati..

Anniversary...
datang buat kali yang ke 22
namun sejak mula...
hingga kini
tiada kata ucap bicara
yang menjadi halwa telinga
tiada sapa gurau senda
buat penghibur jiwa..
segalanya hambar seolah tiada
sesuatu yang istimewa..
yang ada cuma....
benci..
herdik..
tengking...
marah...
Insaflah..
bermuhasabahlah..
dialah penyelamat
dari azab Allah..
dari dosa zina
hanya dengan sebuah perkahwinan...
Dia isteri..
tidak minta dijunjung...
cuma mengharap
erti sebuah kasih
setulusnya....

Tuesday, October 9, 2012

Aku....Semakin Ku Kenal Diri...

Kian lama aku terleka
lena dibuai mimpi indah
lalai memerhati dunia
asyik dengan mainan fatamorgana
kian dikejar
makin menjauh..
kini
semuanya mengajar aku
untuk lebih mengenali
warna-warna pelangi
yang melingkari hidupku
Ku kenal siapa aku....
yang kian hampir
untuk pulang ke hadratNya
setelah sekian lama aku hanyut
dalam gelombang lautan kehidupan
yang hampir menenggelamkan aku...
Sesungguhnya
hanya DIA yang memahamiku...

Tuesday, August 21, 2012

Syawal....

Entah kenapa...
pilu menyelubungi jiwa
melepaskan Ramadhan berlalu
pergi....
entah tahun depan
akan adakah lagi hayat ini...
Syawal kali ini...
hati semakin pilu dan derita
segalanya hambar
serasakan diri berseorangan....
tanpa sesiapa yang peduli
sendirian mengatur langkah
bersama anak-anak
yang mula mengerti
warna-warna sebuah kehidupan....
muga Allah mengurniakan aku
rahmat dan kasihNya yang abadi
walau cuma di Akhirat sana.....
Suamiku...
terima kasih atas segalanya
aku makin dewasa
dan semakin mengerti
kini
akan hakikat sebuah kehidupan.

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan Bulan Keberkatan

Kita tahu..
Ramadhan bulan rahmat
Ramadhan bulan berkat
Ramadhan bulan maghfirah
Semua kita tahu
Kita sepatutnya banyakkan amalan
Kita banyakkan tadarus
Kita banyakkan sedekah
Kita banyakkan kebajikan
Tapi kenapa kita lupa
Kita tetap juga malas tadarus
Kita tetap juga malas berzikir
Kita tetap juga malas qiyamullail
Kita tetap juga tidak menjaga nafsu
Kita tetap juga suka marah-marah
Aduhai jiwa..
Kembalilah kepada Allah
Aduhai nafsu
Kembalilah kepada Penciptamu
Aduhai diri..
sedarlah usiamu tidak sepanjang mana
egomu takkan ke mana.......
Maafkan aku
andai aku isteri yang tak sempurna...

Wednesday, July 4, 2012

Amalan di Bulan Syaaban


Marilah bersama kita renungkan ...apakah yang kita amalkan hari ini benar-benar datangnya dari hadis yang sahih????
Muga dengan membaca artikel ini kita akan dapat manfaat..

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Wednesday, June 27, 2012

Di Manakah Kita

Andai hari ini kita dipanggil pulang
di manakah tempat kita
sedangkan selama ini kita leka
kita alpa
dengan tugas sebagai hambaNya
Andai hari ini kita kembali
adakah kita akan diterima
cukupkah sudah bekalan kita
marilah kita renungkan bersama...

Thursday, June 14, 2012

Biasakan Yang Betul

Ramai umat Islam hari ini begitu teruja untuk membanyakkan amalan ...memang bagus...tapi lebih bagus jika kita amalkan sunnah yang sahih..yang dipetik daripada hadis-hadis sahih....Sebagai contoh..amalan membaca surah Yasin di malam Jumaat....tidak ada dalam hadis sahih...yang kita jumpa ialah Nabi saw menyuruh kita membaca Surah Kahfi..
Ayuh semua...kita biasakan yang betul...dan betulkanlah yang biasa...muga amalan kita diterima Allah dan diakui sebagai umat nabi Muhammad saw...

Saturday, May 19, 2012

Apa-apa Aja

Terima kasih suamiku...
kau banyak mengajar aku erti kehidupan..
mengajar erti ketabahan
mengajar erti nilai seorang isteri...
terima kasih
segalanya mendekatkan aku
dengan Ilahi..
akan ku simpan tiap butir kata..
biar terluka
namun aku tetap tersenyum
kerana aku pasti
di situlah Allah mendidik aku
menjadi insan yang kental
hamba yang sentiasa muhasabah diri...

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Ku dedikasikan coretan ini buat semua insan yang bergelar guru...Terima kasih cikgu.Aku amat faham hati dan perasaan seorang guru....tiada guru yang inginkan muridnya gagal...tiada guru yang inginkan muridnya menderita...gelap masa depan.
Terima kasih cikgu...ingin ku imbas kembali saaat aku mula mengenali seorang guru..Ketika aku dalam darjah satu...aku merupakan murid yang terkecil dalam kelas...tiap hari seorang guru lelaki akan memeluk dan mendokong aku...ah indahnya saat itu.Aku rasakan cikgu itu sama seperti ayahku...tiap hari akan memeluk dan mencium aku....
Tika dalam darjah dua....aku juga kerapkali didokong guruku ketika aku dapat menjawab soalan....hinggalah aku darjah enam...Indah sekali kenangan itu..Apa yang membezakan zaman dahulu dan hari ini ialah...sebagai pelajar di zaman dahulu..walaupun aku seringkali didokong oleh cikgu...aku tetap menghormati guru itu...tiap arahannya ku patuhi...berbeza dengan hari ini...Pelajar hari ini seringkali mengambil kesempatan andainya guru itu berbaik dengannya...di manakah silapnya.
Kesimpulan yang aku dapat  ialah...mungkin ibubapa hari ini terlalu sibuk..anak-anak amat perlukan belaian dan kasih sayang..sebab itu apabila guru berbaik dengan pelajat maka pelajar itu akan menjadi melampau...marilah sama-sama kita renungkan
Untuk ibubapa...kasihanilah anak-anak yang dahagakan belaian....ingatlah anak-anak itulah sebenarnya harta yang kita ada...renung-renungkanlah...
Terima kasih untuk semua gutuku...hanya itu yang termampu aku ucapkan.

Monday, April 30, 2012

Baik buruk membaca novel....

Selalu orang mengatakan peminat novel ni hidup di alam fantasi...namun sedarkah anda bahawa penulis novel itu melakarkan cerita berdasarkan realiti biarpun bukan seratus peratus...Sebagai kesimpulannya jadilah seorang penggemar novel agar sedikit sebanyak dapat mengubah sikap anda.....
Novel dapat menjadikan kita insan yang sentiasa hidup dengan menghayati kisah hidup orang lain....

Sunday, April 22, 2012

Pesanan Buat Anak

Anak-anakku..jadilah insan yang berakhlak mulia..jadilah hamba yang bertaqwa.Takutlah akan azab Allah.
Di sini mak ingin mencoretkan sesuatu buat kenangn dan kalau boleh kalian jadikan panduan di saat mak sudah tiada nanti.Saban hari hidup ini mak lalui dengan berbagai warna pelangi...suka dan duka silih berganti....syukur atas segalanya.Usia mak kian hampir ke penghujungnya.....
Along..kaulah harapan mak..kau perlu menjadi manusia yang kuat semangat dan tabah..dan along kena ingat hidup ini banyak derita daripada suka..kita perempuan..Allah angkat darjat kita ..itupun bagi lelaki yang merasai kedudukan itu...Sentiasalah merendah diri..biar kita dimarah ..dikata apa saja asalkan kita tidak tergelincir daripada batas-batas ketentuan agama...
Anakku Husna....jadilah anak yang matang dan sanggup menerima cabaran..Una juga perempuan..ingatlah kalian berdua..kamu berdua makin dewasa dan di saat berumahtangga nanti...jangan anggap semuanya indah.Ingat hidup kita sentiasa diuji..dan sebenarnya semua ujian itulah yang akan menceriakan hidup..
Fikri..kaulah harapan mak untuk membela mak di sana nanti..Mak amat mengharapkan Ci jadi hafiz yang hebat di sisi Allah...biar kita tidak punya harta bertimbun.. asalkan kita dipandang mulia di sisi Allah..
Madihah...Ah kena kuat semangat.tekunlah mengulangkaji pelajaran..in sya Allah Ah akan jadi pelajar cemerlang nanti..mak sentiasa mendoakan Ah..
Hakeem anak bongsu mak..adik makin dewasa kini..dah berumur 14 tahun.Mak sentiasa doakan Hakeem diberi hidayah Allah menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..Jadilah anak yang soleh...Sesungguhnya sekadar itu yang mak mampu untuk mendidik anak-anak mak....
Anak-anakku...dekatilah diri kamu semua dengan Allah..berusahalah untuk membaca al Quran setiap hari...doakanlah kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mak dan ayah....hanya kamu berlima harta yang mak ada di dunia ini...
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku dalam usaha mendidik anak-anakku menjadi hambaMu yang soleh....

Terima Kasih

Terima kasih kerana telah mendewasakan aku
terima kasih kerana menjadikan aku kental
terima kasih sekali lagi
kerana berjaya menjadikan aku
insan yang saban waktu
mencuci  mata kurniaan Allah ini
dengan juraian air mata...
Terima kasih...
hari ini aku lalui hidup yang makin bererti
aku semakin faham
akan hakikatnya
aku pasrah dengan takdir
aku sedar
aku tidak sebaik Khadijah
tidak seindah Aisyah Humaira'
yang patut dibelai dan disayang
aku cuma insan biasa
yang tak punya segala.
Aku di sini..
kadar menabur bakti
mencari kasih  Ilahi
menuju negeri abadi.
Terima kasih Ya Allah
terima kasih semua.


Friday, April 20, 2012

Maafkan Aku Sayang...

Sayang...maafkan abang andai selama ni..abang terlalai dalam menjagamu..sedangkan kau Allah ciptakan untuk abang sebagai amanah..tapi abang terlalai hingga membiarkan sayang menempuh segalanya sendirin..dan mulai saaat ini abang akan kembali di sisimu memikul amanah itu....
Ya Allah ampuni aku..aku sekadar hamba yang lemah..aku terlalu sibuk melayan insan di luar sana..aku sibuk dengan kerjaya...aku sibuk dengan masyarakat..aku lali  Ya Allah..aku berdosa padamu..aku telah membiarkan isteriku keseorangan...aku biarkan dia tanpa kasihku...aku seringkali alpa dengan baktinya padaku...Ampuni aku Ya Allah...

Tuesday, April 17, 2012

Terima Kasih

Terima kasih isteriku
kerana melahirkan zuriatku
menjaga makan minumku
selama ini
terima kasih isteriku
lantaran sudi melakukan segalanya
untukku...
biarpun itu bukan tanggungjawab
yang tertanggung di atas
pundakmu.
Terima kasih
jua seribu kemaafan
andai selama ini
aku keliru
aku terlalai
untuk menghargai
apa lagi menyanjung
segala bakti
dan pengorbananmu.
Ya Allah ampuni aku
yang selama ini dibuai keindahan dunia
hingga aku lupa
untuk menghargai anugerahMu
seorang isteri buatku....

Friday, April 13, 2012

Syukur..

Sejuta rasa syukur
kepada Nu Ya Allah...
kerana mengizinkan aku
terus menyedut udara segar
menghembus nafas...
tunduk dan sujud
menyembahMu
Syukur Ya Allah
lantaran mengizinkan aku
menjadi hambaMu
Izinkan aku
menjadi hambaMu
yang terus bersyukur
atas segalanya...

Monday, April 2, 2012

Pesanan Buat Anak

Anakku....coretan ikhlas dari insan bergelar ibu....Ingatlah wahai anak di manapun kamu berada janganlah diabaikan segala pesan dan amanah yang kau pikul.In sya Allah akan berkatlah hidup kamu.

Mungkin hari ini kau rasakan pesan ibu ayah cuma pesanan...yang tak membawa apa-apa..namun yakinlah tiada ibubapa yang ingin melihat anaknya kecewa dan kecundang akhirnya...Semua ibu ayah mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak...yakinlah anak...dekatkan dirimu dengan Allah..banyakkan munajat padaNya..In Sya Allah berjaya

Wajah Seribu Erti

Tiap kali melihat wajah tua yang cekung itu pasti akan menitis manik-manik jernih dari kelopak mataku.Wajah itulah yang pernah bertungkis lumus bmembesarkan ke tujuh-tujuh borang anaknya suatu nketika dulu.Namun kini setiap pagi tiap kali aku melintasi depan pintu pondok itu akan kelihatanlah wajah itu merenung keluar dengan seribu satu macam tafsiran yang dapat ku buat.
Aku amat menyayangi wajah itu persis aku menyayangi ibuku...kerana aku tahu jerih payahnya wajah tua itu..saban waktu berendam air mata membesarkan anak-anak.Bukan lantaran tidak bersuami namun  yang pastinya wajah itu pernah hidup bersama insan yang..amat mementingkan diri..isteri cuma sebagai perhiasan rumah...isterinyalah yang sering dipersalahkan atas segalanya....Namun dengan reda wajah itu pasrah segalanya...menerima takdir seadanya...
Ya Allah...kau berkatilah hidupnya..kau berikan kegembiraan di dunia dan akhirat untuknya..Kau izinkan Ya Allah agar wajah tua itu dapat mengecap sedikit kebahagiaan dunia ini sebelum kau menjemputnya pulang...apalah yang mampu aku lakukan kadar memohon rahmat dan kasihMu cuma Ya Allah.
Kau kurniakan kebahagiaan pada wajah itu ya Allah...aku amat menyayanginya kerana aku tidak punya ibu lagi kini...Kau berkatilah sisa-sisa umurnya yang masih berbaki ini Ya Allah.

Monday, March 19, 2012

Makin Dekat PadaNya

Genap 48 tahun aku dilahirkan ke dunia ini..Alhamdulillah.
Apa yang meresahkan aku...sebanyak manakah amalan yang aku ada untuk aku jadikan bekal ke sana...sedangkan semakin hari semakin dekat aku padaMu Ya Allah..
Di saat ini aku bermohon padaMu..berilah aku peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk menemuimu Ya Allah..aku sedar..aku hambaMu yang lemah..aku sentiasa perlukan rahmat dan kasih sayangmu.Kembangkanlah lembayung rahmatMu padaku Ya Allah...janganlah Engkau biarkan aku yang kerdil ini menentukan nasibku sendiri walaupun sekadar sekelip mata Ya Allah..Jangan sesekali aku kau biarkan Ya Allah..aku perlukan hidayah dan pimpinanMu.

Milik Siapa???

Kita..ada tikanya kita lupa kita ini milik siapa.Sebenarnya kita milik Allah....kita tak punya apa..Jasad kita milik Allah...Jiwa kita milik Allah...Hati kita milik Allah...Harta,anak-anak atau apa sahaja yang kita punya..semuanya milik Allah yang dipinjamkan kepada kita..Allah ingin menguji kita..melihat bagaimana kita menguruskan semua itu..
Ayuh teman-temanku..sedarlah kita ada hati dan perasaan..biasanya kita lupa bahawa hati kita dan perasaan itu juga milik allah...Ingatlah dan sedarlah..untuk mencapai rasa bahagia dalam hidup ini terimalah segala ketentuan Allah dengan redha..kerana kita milikNya dah tentu DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita....in Sya Allah kita akan berbahagia begitu...
Ya Allah aku mohon..titipkan aku sedikit rasa bahagia di dunia ini...dan rahmatilah aku agar aku dapat mengecap kebahagiaan abadi di sana  Akhirat yang abadi.

Thursday, March 1, 2012

Perkahwinan...Satu perjudian

Dulu...
kita rasakan indahnya sebuah perkahwinan
berbunga seribu harapan
penuh syahdu
Bila kaki melangkah
barulah kita sedar
ia satu perjudian
kerana dunia ini penuh  seribu satu macam
halangan..
godaan...
Hakikatnya
perkahwinan itu
satu perjudia
bahagia atau derita
semua mungkin
namun anggap sahaja
ia satu ujian untuk kita
biar derita di dunia
asalkan kita bahagia di sana
Akhirat yang abadi.

Perempuan....Siapakah dia di sisi kita?

Rasulullah saw dilahirkan ke dunia dengan misi membawa rahmat ke seluruh alam..Di zaman jahiliyah wanita ditindas dan dianggap pembawa sial...Rasulullah saw mengangkat darjat wanita .Perutusan nabi saw menghapuskan pembunuhan bayi perempuan...
Kini setelah 1433 tahun berlakunya peristiwa hijrah...saban tahun kita menyambut maulidul Rasul..eloklah kita renung sejenak sekadar untuk muhasabah diri...
Setiap insan di dunia tidak akan dapat memisahkan dirinya dengan insan yang bergelar wanita..Andai ia seorang lelaki yang belum beristeri....dia sudah pasti dilahirkan oleh seorang ibu...ya jua seorang wanita.Wanita tidak minta dirinya disanjung...dijunjung atau...seorang isteri tidak minta ia ditatang...dibelai..dan disimpan di tempat yang bergelar sangkar emas.
Fahamilah wahai kaum adam....isteri kamu adalah amanah Allah  yang dititipkan bagi menilai kamu..apakah kamu termasuk insan yang benar-benar mengikut syariat islam...adakah kamu betul mengikut sunnah rasul atau sebaliknya...
Wahai kaum Adam..isteri kamu bukan sekadar ladang untuk kamu bercucuk tanam...isteri kamu juga punya hati dan perasaan..jagalah adab dan tatacara kamu berkomunikasi dengannya...sedarlah isteri kamu telah banyak bersifat ihsan dengan kamu...lantas atas alasan apa lagi kamu semudah itu membenci...menengking dan memarahi dia?????Sedarlah segala tindakan dan perbuatan kamu akan dihisab oleh Allah...jagalah diri kamu jangan sampai kamu dibelenggu dengan bisikan syaitan yang sememangnya seronok apanila kamu bersikap kasar dengan isteri kamu...
Renung dan fikirkanlah....siapalah kita di sisi Allah??/Kita sekadar hamba..ego tidak akan membawa kita ke mana-mana....Bagi lelaki yang beristeri...ingatlah...pakaian..makanan dan minuman serta tempat tinggal isteri kamu adalah di bawah tanggungjawab kamu.....dan setiap kita akan dihisab di Akhirat.....

Thursday, February 9, 2012

Biarkan Aku Sendiri

Kita adalah insan..
ibu lahirkan kita seorang diri....
menempuh hidup sendirian.....
namun biarlah...
kita punya Allah
untuk mengadu..
untuk mengasihi kita.....

Saturday, February 4, 2012

Munajat

Ya Allah...
akulah hambaMu yang lemah
aku terlalui merindui syurgamu
aku inginkan rahmat dan kasihMu
Ya Allah...
namun segalanya
hanya kan impian
lantaran aku yang lemah dan banyak dosa
seringkali terpedaya dengan rayuan nafsu
cuma satu
aku amat harapkan kasihMu
aku amat dambakan rahmatMu
kerana tanpa semua itu
siapalah aku
hanya kadar seorang HAMBA

Thursday, February 2, 2012

Nilai Cinta

Pernah dulu ku fikirkan
tanpa cinta tak mengapa
bila kau pergi ku rasakan
sunyinya di hati
baru kini ku tahu nilai cintamu
ku renungi gambarmu
ku baca surat-suratmu
namun pedihnya ku terasa
tanpa kau bersama
ku harap dikaupun begitu jua
kini aku mengerti
hanya engkau pelita hati
semua yang ku korbankan
hanyalah untukku
akan tetap ku kenang
kasihmu terhadap diriku
akan ku buktikan
nilai cintamu.
Andainya kau kembali
kan ku curahkan rasa hati
agar dikau mengerti
cintaku yang suci
berikan ku harapan
untuk bersamamu semula
akan aku buktikan
nilai cintamu....

Allahyarham Sudirman...
Ku dedikasikan untuk suami tersayang.....

Erti Sebuah Kasih

Kasih yang terbina
sukar untuk ditafsirkan
tentang realitinya
tidak semudah
membunuhnya dengan racun fitnah
yang membelenggu diri.
Kasih yang subur
tak kan mungkin layu
biar akarnya ditetas
pisau tajam berkilau
kerana ia adalah perasaan
yang hanya kan musnah
bila kita dipanggil pulang
kepadaNya...

Thursday, January 26, 2012

Kita MilikNYA

Hari ini...kitalah ketua,kitalah panglima...kita mampu berbuat apa saja..kita mampu marah...kita boleh pukul siapa saja...tapi ingatlah wahai insan kita adalah milikNYA..satu tika kita pasti akan dipanggil pulang mengadap DIA..kita akan disoal..kita akan diberi balasan atas apa sahaja yang kita lakukan...
Mohonlah keampunan Allah...agar kita aman apabila dipanggil pulang nanti..biar orang itu di bawah tanggungjawab kita namun yang pasti tidak semudah itu untuk kita menengking dan mengherdik sesuka hati kita..insaflah...Allah cuma pinjamkan dia untuk seketika sahaja..jagalah ia sepenuh kasih...Berilah peluang untuk dia juga berbahagia...

Wednesday, January 11, 2012

Kenapa Harus Begini

Kian hari..bertambah usia persahabatan kita..kian erat silaturrahim antara kita
Kita cuba mencipta bahagia dengan cara tersendiri..namun ada tika kita tersasar.Entah apa sebabnya..aku sendiri tidak mengerti..
Aku akan gembira andai ada insan yang sudi menemanimu tiap waktu..aku akan tumpang bahagia andai kau bahagia..Itulah munajatku saban waktu.Namun entah kenapa ada tikanya aku rasakan kau seolah-olah ingin pergi jauh dariku...kau biarkan aku sedih..menganyam duka sendirian.
Ya Allah beratnya penanggungan ini..serasakan sesak nafasku..tersekat di kerongkong...namun apa daya segalanya telah tersurat buatku.Semua akan berkata itulah yang terbaik untuku walaupun aku merasakan amat perit untuk ditelan...
Maafkan aku  andai aku dipanggil yerlebih dahulu mengadapNya...ampunkan dosa-dosaku...dan sudilah kau doakan untukku.Namun yang pasti kau tetap dalam ingatan...kan segar di hati ini...kan ku bawa dirimu bersamaku ke syurga...Pintaku yang terakhir janganlah kau terus-terusan menyepi begini...

Dua Garis Selari

Kita ibarat dua garis selari....
sama haluan dan tujuan
seiring dalam perjalanan
menempuh liku yang sama
kiri kanan duri mencengkam
Suatu tika nanti
kita kan sampai ke destinasi
namun
apakah mungkin kita bertemu
di titik penghujng,,,,???