CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 30, 2012

Kenangan Lalu...Tetap Mengusik Jiwa...

Tika aku bersekolah...sejak sekolah rendah aku seringkali diajak ibu untuk ke bendang. Tujuannya cuma satu...sejak berusia lima tahun..aku diajak menemani ibu melihat padi di sawah.Kata ibu.."padi yang selalu dilawati..akan membuahkan hasil yang lumayan..."Apabila aku bersekolah rendah..ibu mula mengajar aku memegang' kuku kambing'..belajar menanam padi....Tika ini aku mula merasakan betapa sakitnya belakang kerana membongkok untuk menanam anak-anak padi...Aku mula merasai apa sebenarnya yang ibu rasakan selama ini...inilah kerja ibu untuk membesarkan aku,abang dan kakak.
Hidup di kampung tika itu amat susah..kalau musim kemarau bekalan air paip akan terputus...maka aku dan kakak akan bangun di tengah malam,menjenguk kepala paip..kalau ada air maka kami akan menadah air itu untuk minumman kami sekeluarga..Pernah satu ketika bekalan air paip terus kering..maka terpaksalah kami menggali perigi di dalam sungai yang turut kering..dapatlah sedikit mata air..bercampur dengan lumpur..keruhnya Allah yang tahu.
 Ibu mengarahkan aku ke kedai membeli 'tawas'..lalu ibu bungkus dengan kain dan ibu gantung ke dalam perigi yang digali tadi..dapatlah air yang jernih...tapi rasanya payau.Apa nak buat hanya itu yang ada...
Bila tiba musim cuti sekolah ..bulan Disember..merupakan saat yang paling aku suka.Mana tidaknya hujung tahun bapa saudaraku akan mengadakan operasi menanam tembikai di kaki Gunung Jerai.Apa lagi..kami pun akan berkampud di sana beramai-ramai.Nak sampai ke sana kami terpaksa naik bas untuk separuh jalan dan yang selebihnya dalam 5km lagi...kami terpaksa berjalan kaki.Maklumlah rumah atukku jauh ke dalam..menghampiri gunung jerai...jalan yang dilalui..cuma batu-batu bukit....Namun semuanya amat mengembirakan...
Biasanya aku akan kembali ke rumahku setelah seminggu membantu bapa saudaraku menanam tembikai dan juga sayuran.....Selalunya bila balik semula ke kampung..padi dah mula berisi...jadi ibuku akan menjemput jiran-jiran untuk bersama-sama membuat emping daripada padi pulut...Gotong royong membuat emping biasanya diadakan pada waktu malam...sambil menggoreng emping..kami budak-budak asyik membuka cerita dan bermain teka-teki...Bila emping dah siap...waduh...enak sekali apabila emping tadi dimakan bersama nira nipah.Apa nak susah..nira nipah yang di hasilkan oleh pokok nipah di sekeliling rumah ku kan ada....ambik aja...namun kini..aku tak dapat lagi nak rasa keenakan nira pokok sendiri...
Aku pun tak tahu..apa lagi nak ku coretkan di sini...lain kali aku akan bawakan topik lain pula.Semuanya dah jadi kenangan....semua kesulitan dan kesempitan hidup itu telah mendewasakan aku..biar aku terpaksa penat bekerja membantu ibu di sawah..mengangkut air..namun kasih aku kepada ibu dan kasih ibu kepadaku tetap abadi selamany..hidup kami memang susah dan daif tapi kami bahagia kerana ibu dan ayah amat jarang meninggikan suara dan menengking kami....Ibu..kau tetap dihatiku...Ya Allah rahmatilah ibu dan ayahku.

0 comments: