Andai kta bersedih..
andai hati terguris....menangislah sepuas-puasnya..
mengadulah padaNya
Insan...
sedarlah
jangan sesekali menjadikan amarahmu
sebagai tanda kasihmu
pada sidia yang sentiasa di sampingmu...
ingatlah..
dia diamanahkan untukmu
untuk dikasihi selayaknya...
renunglah sejenak
bagaimana Rasulmu menunjukkan
akhlak baginda..
awaslah
marah itu perangai syaitan
dan Rasul amat membencinya.
Insan
andai kita dimarahi,
diherdik
atau dicerca
cepatlah berwudhuk
doakan segera
kebaikan dan hidayah
untuk mereka
yang suka memarahi itu....
mengadulah padaNya
pasti kita tidak dihampakan.
Friday, April 19, 2013
Amarah....tiada untungnya...
Posted by nazmi norazmi at Friday, April 19, 2013 0 comments
Saturday, April 13, 2013
Ku Terima taqdirmu ....
Ada tikanya aku tidak dapat mengawal perasaan...sedih bercampur pilu.Diri dirasakan tidak diperlukan lagi...aku pasrah padaMu ya Allah....Engkau yang mentaqdirkan segalanya namun doa dan pintaku...Kau jadikan diriku seorang insan yang tabah dan sabar Ya Allah.
Namun dengan penuh yakin aku lalui semua ini kerana aku pasti segala yang ditaqdirkan Allah adalah yang terbaik buatku...
Posted by nazmi norazmi at Saturday, April 13, 2013 0 comments
Friday, March 15, 2013
Duka dan Tawa....Mendewasakan Kita
Ada ketikanya tanpa sebab yang menasabah hati kita terasa sayu dan teramat sedih...ada tikanya kita sedih dan berkecil hati hanya dengan tindakan yang kecil...Apapun itulah perasaan kita dan sememangnya semua itu lahir bukan atas kehendak kita kerana yang berkuasa ke atas kita adalah Allah Ta'ala.Dengan kita hanya mampu berdoa agar Allah kurniakan sesuatu yang DIA rasakan terbaik untuk kita.Lagipun dalam al Quran memang menyuruh kita agar mengurangkan ketawa dan bersukaria di atas mukabumi ini.
Bila kita renungkan kembali....biasanya keadaan duka itu lebih mendewasakan kita dan mengajar kita untuk lebih matang dan sentiasa berfikir..inilah salah satu cara Allah mendidik dan mendewasakan kita di atas mukabumi ini...Andai di saat kita bergembira...seringkali kita lupa untuk memerah akal memikirkan sesuatu....justeru..terimalah segala kesedihan sebagai ujian.Sentiasalah kita berfikiran positif bagi apa sahaja yang dikurniakan Allah...
Posted by nazmi norazmi at Friday, March 15, 2013 0 comments
Monday, December 31, 2012
Tazkirah 1Jan 2013
Agak lama aku menyepikan diri...minggu-minggu terakhir cuti akhir tahun agak sibuk,maklumlah nak siapkan baju dan keperluan anak...dan aku juga sudah mula bertugas di sekolah..aktiviti penjualan buku tulis rancak dijalankan...
Hari ini aku kembali menjalankan tugas rutinku..pagi-pagi menghantar anak-anakku ke sekolah.Seawal 6.45 pagi aku bertolak..hari pertama..anak-anak pun dah lama merindui sekolah yang ditinggalkan.
Di tengah perjalanan aku melihat beberapa orang murid mengayuh basikal ke sekolah...Lalu aku terimbau kembali zaman persekolahanku.Begitulah rutinku tiap pagi..seawal 6.40pg aku mengayuh basikal ke sekolah sejauh 10km bersama dengan kawanku Suraya.
Kesempatan pagi tadi aku ambil untuk jadikan tazkirah buat dua orang anakku di dalam kereta."Akem..Madihah..tengok tu,depa kena kayuh basikal..macam zaman mak sekolah dulu..Kamu berdua kena bersyukur dan belajar betul-betul...kamu berdua ke sekolah hari ini dengan kereta..mak hantar sampai depan pagar sekolah...duit belanja pun mewah...kamu boleh siap makan tengahari di sekolah..mak dulu duit belanja cuma 40 sen..mak cuma dapat makan dua biji kuih...nasi kena makan kat rumah jam 2.30 petang nanti"Tanpa sedar airmataku mengalir...mengenangkan kesusahan hidupku....namun ku bersyukur Ya Allah semua kesusahan itu telah menjadikan aku seorang insan yang bersemangat tinggi..dan Alhamdulillah dengan rezki yang Allah kurniakan untuk aku hari ini...
Untuk anak-anakku,jua anak didikku...ingatlah setiap ujian Allah pasti ada rahmat untuk kita..yang penting sentiasalah mengadu kepadaNYA...DIAlah Maha Pemberi dan Maha Mengetahui...
Posted by nazmi norazmi at Monday, December 31, 2012 0 comments
Friday, December 14, 2012
Berfikiran positif
Sentiasalah berfikiran positif..
andai kita suka
kita tersenyum
itu tandanya kita senaman muka
alhamdulillah
andai hati terguris
kita mengalirkan airmata
tanda hati berduka
itu tandanya
Allah beri peluang
kita membersihkan mata.
Alhamdulillah.
Andai tidur kita tidak lena
terbangun di tengah malam
itu tandanya
Allah beri peluang kita bermunajat
beribadah padanya..
Alhamdulillah.
Andai hari ini selera kita tiada
bersyukurlah
kerana Allah bagi kita peluang
merasakan betapa sengsara
rakyat yang tiada makanan
Alhamdulillah.
Andai hari ini hati kita disakiti
syukurlah
Allah memberi pahala percuma untuk kita
Alhamdulillah.
Sentiasalah berfikiran positif
pasti kita bahagia
di bawah rahmatNya.
Posted by nazmi norazmi at Friday, December 14, 2012 0 comments
Thursday, December 6, 2012
Semanis Kenangan..Seindah Pengalaman
Kali ini aku akan menceritakan pengalaman berulang alik ke sekolah dengan basikal.Usiaku ketika itu 13 tahun...atas arahan ayah aku menerima cadangan ayah untuk menyambung ke sekolah agama atau dikenali dengan sekolah pondok.Sebagai anak ayah yang baik cadangan itu aku terima dengan senyuman walaupun terdengar berbagai rungutan daripada mulut orang kampung...
Aku terpaksa menghadapi 15 matapelajaran baru dan terpaksa menduduki kelas peralihan selama setahun.Maklumlah...bukan senang nak belajar b Arab ni....satu bahasa yang aku tidak pernah belajar sebelum ini.Yang adapun cuma membaca al Quran dalam bahasa Arab.
Setiap hari aku mengayuh basikal sejauh 10km...penatnya hanya Allah yang tahu.2 tahun yang pertama aku bersekolah sesi petang...penat dan letih..hanya Allah yang mengetahuinya.Pesan ayahku cuma satu,masih ku ingat hingga hari ini."Ayah nak anak ayah belajar bersungguh-sungguh..supaya jadi manusia berilmu..ayah tak kisah besar nanti anak ayah kerja apa pun yang penting ada ilmu"
Tahun demi tahun ku lalui dengan tabah sehinggalah usiaku 17 tahun dan aku mengambil peperiksaan SPM.Aku amat ingin untuk menyambung pelajaran ke Mesir...tapi ibu menghalang dengan alasan takut kalau-kalau aku tidak sempat berjumpa ibu di saat kematiannya.Aku terima nasihat ibu...ku pendamkan hasrat yang satu iaitu ingin menuntut ilmu di bumi anbiya,'.
Aku akhirnya mambuat keputusan mendalami bidang bahasa Arab yang amat ku minati dan cintai itu diUKM sahaja...dan alhamdulillah kecemerlangan menjadi milikku.Mungkin kerana berkat patuh pada kehendak ibu dan ayah..Alhamdulillah,...aku dah dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan kesusahan hidup hari ini....
Untuk anak-anak dan muridku...patuhilah arahan dan nasihat ibubapa..di sana ada keberkatan hidup...
Posted by nazmi norazmi at Thursday, December 06, 2012 0 comments
Sunday, December 2, 2012
Lagi...Kenengan Lalu..
Satu lagi kenangan....bila tiba musim durian...biasanya dalam bulan Julai.Masuk ja bulan Mei...apabila selesai menguruskan sawah aku akan mengikut ayahku ke dusun duria.Maklumlah pada masa ini durian dah berbunga dan mula berputik.Biasanya hari Jumaat dan Sabtu aku akan membonceng motosikal ayah...untuk ke dusun yang letaknya lebihkurang 8 km dari rumahku.Biasanya ibuku dah bermalam di dusun...menumpang di rumah bapa saudaraku...Pak Su Hasan dan kadang-kadang rumah Pak Teh Bakar.
Apabila sampai ja di dusun aku akan membasuh baju-baju sekolahku di sungai....basuh atas batu...nyaman dan segar sekali.Gembira tak terkira kerana sambil membasuh terdapat anak-anak ikan yang bermain air...rasa bahagia sangat tika itu.Apabila petang kami akan bermalam di dangau yang disediakan oleh ayahku.kalau ayahku balik..maka kami akan bermalam di rumah bapa saudaraku.
Part yang paling seronok ialah bila tiba waktu malam....akan kelihatanlah kunang-kunang atau dalam bahasa utara disebut kelip-kelip.Indah dan damai sangat rasa hati.
Kalau aku dan ibuku bermalam di rumah Pak Su maka akan riuh rendahlah malam itu..maklumlah bila aku dan ibuku menumpang di rumah Pak Su maka semua sepupuku yang seramai 20 orang itu akan berkumpul....kami akan masak dan makan bersama.Menu yang biasa ialah ikan kering goreng...sambal belacan dicicah dengan ulam petai,jering,pucuk mata itik,pucuk cemumar dan segala macam ulam lagi...Sedap teramat apabila berkumpul dan makan beramai-ramai.Malah adegan usik mengusik akan menembahkan lagi sedapnya nasi..ada sepupuku yang memasukkan cabai melaka dalam pinggan orang lain...apa lagi..meleleh air mata dibuatnya...
Selesai makan kami bergotong royong membersihkan mangkuk pinggan...ibuku dan golongan dewasa merehatkan diri dan berbual..Setelah siap berkemas kami pula berkumpul sesama anak-anak atau sesama kami yang berpangkat sepupu-sepapat ni...Biasanya acara teka-teki dan usik mengusik akan berlarutan sampai jam 11 malam.Pada waktu bekalan eletrik belum ada jadi kami menggunakan pelita minyak tanah..Antara acara yang biasa dijalankan ialah pertandingan memegang api pelita minyak...siapa yang paling lama dapat bertahan dia akan menang..
Bila sampai time tidur kami tidur secara berjemaah.Yang perempuan satu kelambu dan yang lelaki satu kelambu...Apabila dah dapat bantal...apa lagi...lima minit ja aku dah ghaib..kadang-kadang kesian dengan sepupuku yang sorang tu..dia punya asyik bercerita...aku dah masuk alam lain....
Indah sekali apabila mengimbau kembali kenangan lalu....keakraban antara kami terjalin rapi samada sesama sepupu perempuan ataupun dengan sepupu lelaki tanpa timbul perasaan lain....tiada istilah cinta atau apa-apa..kami saling menghormati..sebagai contoh,ibuku anak kedua maka sepupuku yang lain akan memanggil aku kakak walaupun usia mereka lebih tua daripada aku....Keadaan ini kekal hingga hari ini..kasih sayang antara kami begitu erat dan tak mungkin dipisahkan.Sebeb itulah Rasulullah saw menggalakkan kita makan bersama kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara kita...
Kini...ada di kalangan sepupuku yang telah kembali menemui Allah....berderai airmata ini apabila mengenangkan semua kenangan itu...Ya Allah rahmatilah kami,siapalah kami tanpa rahmat dan kasih sayangMu...
Posted by nazmi norazmi at Sunday, December 02, 2012 0 comments