CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 18, 2013

Kenangan Ramadhan Dulu-dulu

Tiap kali tiba Ramadahan..aku merasakan amat indah bila terkenangkan zaman persekilahanku...Masuk ja Ramadhan aku terus beli kad raya banyak-banyak untuk ku poskan kepada kawan dan kenalan penaku...dari Perlis sampai Brunei.Saat paling gembira ialah di saat menerima balasan kad raya dari kawan-kawan..
Bila waktu petang pula kami diwajibkan oleh ayahku untuk menyediakan juadah berbuka...tiap orang sejenis kuih atau lauk pauk...MemaSebelah malamnya pula kami digalakkan berbuka dengan kurma dan air...lepas tu solat magrib.Kemudian barulah makan nasi..tapi aku biasanya akan terus dengan bacaan al Quran sehingga satu juzuk..barulah makan nasi.
Semasa orang lelaki menunaikan solat Tarawih aku dan rakan sekampunt...Rogayah,Suraya,Kak Nah.Lin dan beberapa orang sahabatku yang lain akan bertadarus di rumah guru Quarn kami..Semuanya masih segar diingatan dan pastinya tidak dapat dinikmati lagi oleh kanak-kanak hari ini.Alhamdulillah  Ya Allah.



0 comments: