Seringkali kita rasakan..
akulah insan terbaik
aku punya rupa
punya harta
punya kuasa...
akulah insan terpilih
untuk memimpin kaum yang lemah
untuk menunjuk jalan yang lurus
akulah
segalanya....
Sedarlah insan
akan hakikat siapa kita
sebenarnya
kita cuma insan kerdil
yang pasti disoal
atas segala perbuatan
adakah kita berbakti
kepadaNya...
dengan penuh hikmah..
penuh amanah?
Ingatlah...
kita adalah suami
pemikul amanah
bukan penguasa yang punya segala kuasa...
Friday, April 1, 2011
Siapa Kita Sebenarnya
Posted by nazmi norazmi at Friday, April 01, 2011 0 comments
Sunday, March 27, 2011
Seribu Tahun Takkan Mungkin
Seribu tahun takkan mungkin....tak mungkin ku melupakan mu...Kaulah insan yang dikurniakan Allah buatku...kaulah insan titipan Allah untuk bergelar seorang suami kepada aku.Walau sejauh mana kebencian...walau sejauh mana kemarahan yang kau lontarkan...aku tetap menyayangi dan menghormatimu sebagai seorang suami..
Posted by nazmi norazmi at Sunday, March 27, 2011 0 comments
Saturday, March 19, 2011
Sehari Berlalu...Makin Hampir Kita PadaNya
Alhamdulillah...esok 20 Mac...bertambah lagi usiaku....kata ibu aku sebenarnya dilahirkan pada tanggal 18 Mac.Tapi dulu-dulu biasa la lambat pergi daftar ...jadi letak ajalah 20 Mac.Biarlah janji ada juga tarikh lahirku.
Posted by nazmi norazmi at Saturday, March 19, 2011 0 comments
Friday, March 11, 2011
Andai itu TaqdirNya
Aris tiba tepat pada masanya...di saat ketibaannya hari itu keadaan Pak Majid memang sedang nazak.apa yang termampu dibantu ialah dengan mengingatkan pak Majid dengan kalimah allah dan lafaz syahadah.Memang telah ditakdirkan Aris tidak sempat untuk berbual dengan bapa saudaranya itu.Di tika itu juga sampai pula saudaranya yang tinggal di Selangor Yani...dengan tujuan yang sama iaitu menziarahi bapa saudara mereka yang diberitakan tenat semalam..
Posted by nazmi norazmi at Friday, March 11, 2011 0 comments
Tuesday, March 8, 2011
hukum meninggikan sanggul di dalam tudung kepala
"Masya Allah... ramainya bertanya kepada saya soalan yang sama, benarkah wanita bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung itu termasuk dalam maksud hadith yang Allah SWT melaknat wanita yang rambutnya berbonggol seperti bonggol unta, bergoyang-goyang untuk menambahkan kecantikan dan menarik perhatian. Jawapannya ialah YA!" Ini adalah hadis Rasulullah S.A.W. yang dimaksudkan Ustaz Hasrizal Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ Sesungguhnya Allah swt para malaikat-Nya, para penghuni langit dan bumi hingga semut-semut di sarangnya juga ikan di lautan pasti mendoakan para pengajar kebaikan untuk orang lain.
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia:
Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– Hadith riwayat Muslim drpd Abu Hurairah. Hadith no 212,
(Sahih Muslim Maktabah Syamilah Hadis no 3971)-
Aku tak pasti pulak macam mana rupanya "bertudung yang meninggikan sanggul di dalam tudung" , ingatkan maybe boleh tunjuk contoh gambar.
Sekadar perkongsian dan peringatan. Semoga kita boleh saling ingat mengingatkan dan nasihat menasihati. ^_^
Nabi S.A.W bersabda:
(Tirmidzi dari Abu Umamah Al-Bahili, At Tirmidzi berkata Hadis ini Hasan Sahih Gharib, no 2609 dalam Sunan At - Tirmidzi, maktabah syamilah)
Posted by nazmi norazmi at Tuesday, March 08, 2011 0 comments
Sunday, March 6, 2011
Ku Pasrah Pada Taqdir
Salam sayang buat teman.....seringkali ku terdengar keluhan dari bibirmu...kau menyesali kehilangan itu...yakinlah teman tiap pertemuan pasti kan ada perpisahan...usah kau risaukan akan perpisahan itu namun sebaliknya hendaklah kau kesalkan pertemuan yang berlaku kerana tanpa pertemuan tidak akan wujud perpisahan.
Posted by nazmi norazmi at Sunday, March 06, 2011 0 comments
Thursday, March 3, 2011
Kasihku Abadi
Meneliti novel Lili buat Najah.....menyedarkan aku .Ada tikanya kita alpa dengan apa yang kita miliki....kita rasakan ia tidak bernilai...namun bila ia hilang..ternyata amat berharganya ia....
Buat semua teman yang telah menjadi isteri.Suami adalah anugerah Allah yang tak ternilai buat kita...apa jua sikap dan tingkahlaku suami itu...terimalah seadanya...itulah satu cara Allah nak menterbiah hambaNya yang dhaif seperti kita..Buat teman yang bergelar suami...hargailah isteri anda...namun jagalah hubungan dengan ibubapa kerana kita hidup di dunia ini ibu kita hanya satu...bapa kita jua satu...namun sedarlah teman...walaupun satu namun pesan mereka beribu-ribu...
Kasih sayang adalah anugerah Allah..pupuk dan bajailah ia agar tetap subur hinggala nyawa kita terpisah dari badan...Janganlah sesekali kita memutuskan Silaturrahim..
Posted by nazmi norazmi at Thursday, March 03, 2011 0 comments