CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 21, 2012

Syawal....

Entah kenapa...
pilu menyelubungi jiwa
melepaskan Ramadhan berlalu
pergi....
entah tahun depan
akan adakah lagi hayat ini...
Syawal kali ini...
hati semakin pilu dan derita
segalanya hambar
serasakan diri berseorangan....
tanpa sesiapa yang peduli
sendirian mengatur langkah
bersama anak-anak
yang mula mengerti
warna-warna sebuah kehidupan....
muga Allah mengurniakan aku
rahmat dan kasihNya yang abadi
walau cuma di Akhirat sana.....
Suamiku...
terima kasih atas segalanya
aku makin dewasa
dan semakin mengerti
kini
akan hakikat sebuah kehidupan.

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan Bulan Keberkatan

Kita tahu..
Ramadhan bulan rahmat
Ramadhan bulan berkat
Ramadhan bulan maghfirah
Semua kita tahu
Kita sepatutnya banyakkan amalan
Kita banyakkan tadarus
Kita banyakkan sedekah
Kita banyakkan kebajikan
Tapi kenapa kita lupa
Kita tetap juga malas tadarus
Kita tetap juga malas berzikir
Kita tetap juga malas qiyamullail
Kita tetap juga tidak menjaga nafsu
Kita tetap juga suka marah-marah
Aduhai jiwa..
Kembalilah kepada Allah
Aduhai nafsu
Kembalilah kepada Penciptamu
Aduhai diri..
sedarlah usiamu tidak sepanjang mana
egomu takkan ke mana.......
Maafkan aku
andai aku isteri yang tak sempurna...

Wednesday, July 4, 2012

Amalan di Bulan Syaaban


Marilah bersama kita renungkan ...apakah yang kita amalkan hari ini benar-benar datangnya dari hadis yang sahih????
Muga dengan membaca artikel ini kita akan dapat manfaat..

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Wednesday, June 27, 2012

Di Manakah Kita

Andai hari ini kita dipanggil pulang
di manakah tempat kita
sedangkan selama ini kita leka
kita alpa
dengan tugas sebagai hambaNya
Andai hari ini kita kembali
adakah kita akan diterima
cukupkah sudah bekalan kita
marilah kita renungkan bersama...

Thursday, June 14, 2012

Biasakan Yang Betul

Ramai umat Islam hari ini begitu teruja untuk membanyakkan amalan ...memang bagus...tapi lebih bagus jika kita amalkan sunnah yang sahih..yang dipetik daripada hadis-hadis sahih....Sebagai contoh..amalan membaca surah Yasin di malam Jumaat....tidak ada dalam hadis sahih...yang kita jumpa ialah Nabi saw menyuruh kita membaca Surah Kahfi..
Ayuh semua...kita biasakan yang betul...dan betulkanlah yang biasa...muga amalan kita diterima Allah dan diakui sebagai umat nabi Muhammad saw...

Saturday, May 19, 2012

Apa-apa Aja

Terima kasih suamiku...
kau banyak mengajar aku erti kehidupan..
mengajar erti ketabahan
mengajar erti nilai seorang isteri...
terima kasih
segalanya mendekatkan aku
dengan Ilahi..
akan ku simpan tiap butir kata..
biar terluka
namun aku tetap tersenyum
kerana aku pasti
di situlah Allah mendidik aku
menjadi insan yang kental
hamba yang sentiasa muhasabah diri...

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Ku dedikasikan coretan ini buat semua insan yang bergelar guru...Terima kasih cikgu.Aku amat faham hati dan perasaan seorang guru....tiada guru yang inginkan muridnya gagal...tiada guru yang inginkan muridnya menderita...gelap masa depan.
Terima kasih cikgu...ingin ku imbas kembali saaat aku mula mengenali seorang guru..Ketika aku dalam darjah satu...aku merupakan murid yang terkecil dalam kelas...tiap hari seorang guru lelaki akan memeluk dan mendokong aku...ah indahnya saat itu.Aku rasakan cikgu itu sama seperti ayahku...tiap hari akan memeluk dan mencium aku....
Tika dalam darjah dua....aku juga kerapkali didokong guruku ketika aku dapat menjawab soalan....hinggalah aku darjah enam...Indah sekali kenangan itu..Apa yang membezakan zaman dahulu dan hari ini ialah...sebagai pelajar di zaman dahulu..walaupun aku seringkali didokong oleh cikgu...aku tetap menghormati guru itu...tiap arahannya ku patuhi...berbeza dengan hari ini...Pelajar hari ini seringkali mengambil kesempatan andainya guru itu berbaik dengannya...di manakah silapnya.
Kesimpulan yang aku dapat  ialah...mungkin ibubapa hari ini terlalu sibuk..anak-anak amat perlukan belaian dan kasih sayang..sebab itu apabila guru berbaik dengan pelajat maka pelajar itu akan menjadi melampau...marilah sama-sama kita renungkan
Untuk ibubapa...kasihanilah anak-anak yang dahagakan belaian....ingatlah anak-anak itulah sebenarnya harta yang kita ada...renung-renungkanlah...
Terima kasih untuk semua gutuku...hanya itu yang termampu aku ucapkan.