CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 11, 2011

Kadang-kadang manusia cuba mentafsir ...
tetapi mereka sukar untuk memahami..


mungkin sekadar lukisan tanpa kata-kata,
tidak semua mampu membacanya..



tapi bagi kami,
lukisan itu adalah puisi tanpa kata..



kata-kata yang terkadang tidak mampu ditutur di bibir..
tidak termampu terzahirkan..
tidak mampu terluahkan..



hanya terinterpretasi hanya pada
pensel dan kertas...




Andai ujian datang lagi...
itu maknanya kita sedang diperhati
kita makin di kasihi
pleh Rabbul Izzati
hari ini kita diuji lagi
bukan lagi mimpi
tapi semuanya dah pasti
untuk kita baiki diri
jadilah hamba yg sejati

Hari ini kita diuji..
bangunlah hadapi realiti
untuk kita lebih
mengerti
hakikat diri
menuju hidup abadi
menjadi mukmin misali.

Saturday, April 9, 2011

kehidupan ini tidak beralas baldu dan sutera sepanjang masa
harmoni kehendak diri
likunya tak dapat dihindari..
duniawi di terima pasti
takdir dan suratan nan azali


apapun kisah mendatang
tabahkan hati...


kecewa jangan sekali..
bertungkus semangat juga azam..


ibarat padi berisi tunduknya ke bumi..
camar terbang tinggi pulang di senja hari
saling mengejar mahligai gading...

Dunia Ini Fitnah

Dunia ini penuh dengan fitnah dan kepuraan...insan sanggup mengada-adakan cerita...melakarkan watak-watak indah..penuh seribu pembohongan dan fitnah.Tujuannya cuma satu ...agar orang lain menderita.

Tergamak insan mereka cerita untuk memisahkan kasih sayang suami dan isteri..kasih seorang adik dan kakak...Demi Aallah tidak pernah terungkap kata-kata cinta dan sayang antara aku dan dia...namun sedihnya ada insan yang mengatakan ikatan cinta wujud sejak dua dekad yang lalu...sedih Ya Allah...Tiada lain antara aku dan dia sekadar seorang kakak dan adik biarpun hukum membenarkan kami berkahwian...selama ini keluargaku adalah keluarganya jua...namun ada insan yang kurang senang lalu menyebarkan fitnah hingga membuatkan suamiku curiga.Ya Allah bantulah hambamu ini...Berilah petunjukMu kepada insan yang suka menabur fitnah itu....
Aku sedar aku adalah hambaMu yang kerdil....

Friday, April 1, 2011

Siapa Kita Sebenarnya

Seringkali kita rasakan..
akulah insan terbaik
aku punya rupa
punya harta
punya kuasa...
akulah insan terpilih
untuk memimpin kaum yang lemah
untuk menunjuk jalan yang lurus
akulah
segalanya....
Sedarlah insan
akan hakikat siapa kita
sebenarnya
kita cuma insan kerdil
yang pasti disoal
atas segala perbuatan
adakah kita berbakti
kepadaNya...
dengan penuh hikmah..
penuh amanah?
Ingatlah...
kita adalah suami
pemikul amanah
bukan penguasa yang punya segala kuasa...

Sunday, March 27, 2011

Seribu Tahun Takkan Mungkin

Seribu tahun takkan mungkin....tak mungkin ku melupakan mu...Kaulah insan yang dikurniakan Allah buatku...kaulah insan titipan Allah untuk bergelar seorang suami kepada aku.Walau sejauh mana kebencian...walau sejauh mana kemarahan yang kau lontarkan...aku tetap menyayangi dan menghormatimu sebagai seorang suami..

Abang ,biar kini dah dua puluh tahun kita menganyam lakaran peristiwa yang memenuhi ruang hidup yang kita bina..bahagia dan derita silih berganti namun aku tetap mendambakan secebis kasih yang tulus darimu...lantaran aku kini tidak punya sesiapa lagi dalam hidup ini selain kamu wahai suamiku.

Saturday, March 19, 2011

Sehari Berlalu...Makin Hampir Kita PadaNya

Alhamdulillah...esok 20 Mac...bertambah lagi usiaku....kata ibu aku sebenarnya dilahirkan pada tanggal 18 Mac.Tapi dulu-dulu biasa la lambat pergi daftar ...jadi letak ajalah 20 Mac.Biarlah janji ada juga tarikh lahirku.


Hampir setengah abad aku menghirup udara nyaman kurniaan Ilahi ini...namun terasa bagai baru semalam aku memulakan langkah...menghitung hari ,mengutip sebanyak mungkin bekalan buat di bawa pulang menemuiNya...ya Allah Maha Berkuasanya Engkau...tanpa ku sedari serasakan baru semalam aku meninggalkan bangku persekolahan rupanya dah dua puluh tahun aku bekerja.

Sesekali bila ke masjid aku rasakan semakin hampir aku untuk dipanggil pulang oleh Yang Esa...manakan tidak saban hari ada sahaja hambaMu yang dipanggil pulang...umur mereka ni pula baya-baya aku saja...Ayuh insan sedarlah..kian hari kian hampir kita ke destinasi terakhir...justeru itu rebutlah peluang...beramallah sebanyak mungkin...

Ayuhai suamiku tercinta...andai aku dijemput terlebih dahulu kau redhokan aku...ampunkan segala salah dan silapku...aku telah mencuba untuk menjadi isteri terbaik buatmu..namun aku adalah insan biasa cuma...maafkan segala keterlanjuranku.Aku amay mencintaimu abang...

Wahai anak-anak tercinta...andai ibu pergi dulu...jangan lupa doakan ibu...jadilah anak-anak yang soleh yang sentiasa mengejar ilmu dan sentiasa berdamping dengan al Quran...muga hidup kalian akan bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat sana...Cubalah kalian istiqamahkan diri dengan bertahajud.....dan membaca al Quran.

Ayuhai adik yang ku sayang....maafkan kakakmu andai tidak dapat membahagiakan kamu lantaran ketentuan Ilahi buat kita..Terima segalanya dengan pasrah...tentu ada hikmah yang tak terjangkau oleh kita...mulakan hidup baru adik...Allah sentiasa bersama kita.Hidupkanlah malammu dengan ibadah dan munajat.Doakan kakakmu ini...

muga kedatangan 20 Mac kali ini memberi seribu erti buatku.muga diriku semakin dekat padaNya .Ya Allah berikan aku kesempatan untuk mengumpul bekalan agar aku dapat mengecap nikmat syurgaMu Ya Allah...