Monday, October 19, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Syawal Berlalu....Zulkaedah menjelma
Syawal semakin sampai ke penghujungnya......berbahagialah sesiapa yang sempat menghabiskan puasa sunat enam hari di bulan Syawal....semuga mereka diberikan ganjaran setahun berpuasa...amin.
Zulkaedah akan menjenguk kita...bermulalah musim haji...Akan terpancarlah sinar gembira di wajah setiap insan yang bakal menjadi tetamu Allah....Ini mengembalikan aku ke musim haji 1423h di mana aku dijemput menjadi tetamu Allah.Berbagai kenangan pahit manis sepanjang menziarahi baitullah dan beribadah di sana.Terbukti di depan mataku beberapa tanda kebesaran Allah Ta''ala... Akan ku kongsikan bersama pembaca sekelian.
Peristiwa pertama.... Penerbangan kami terus ke Madinah.Sepanjang 9 hari di Madinah aku dipertononkan dengan suatu kebesaran Allah.Setiap hari aku ke Masjidin Nabawi bersama rakan sebilikku yang juga seorang guru.Suatu hari kawanku itu menegur,katanya dia merasa pelik melihat jemaah haji yang cuma bersolat di kakilima Masjidin Nabawi sedangkan mereka datang dari jauh dan mengeluarkan tambang yang banyak.Aku cuba memperbetulkan keadaan,mungkin mereka ada masalah wudhuk atau sebagainya ,kataku.maklumlah bila kita masuk ke dalam masjid,tempat wudhuk berada di luar.Suatu hari selesai solat fardhu aku menoleh ke kiri dan kanan,namun tidak terlihat kelibat teman sebilikku ini sedangkan tadi kami beriringan ke masjid.Akupun pulang ke bilik hotel dengan teman-teman yang lain. Lebihkurang 20 minit kemudian kawanku yang hilang tadi balik.kamipun bertanya ke mana dia pergi."Hari ini kak mendapat kifarah Allah ,"katanya."Apabila bilal iqamah kak sakit perut,terus ke bilik air dan apa lagi,bila selesai qadha hajat,terus aja solat kat tepi bilik air tu".Kamipun sedar akan kebesaran yang Allah tunjukkan kepadanya lantas sama-sama membanyakkan istighfar.
Peristiwa ke dua...... Setelah selesai melontar jamrah kami semua di bawa balik ke Mekah untuk menunaikan tawaf Ifadhah(rukun).Setelah selesai tawaf ,aku dan suamiku pun mulalah mengerjakan sa'ie. Selesai sa'ie kami pun bergunting.Terasa tekakku amat kering,lantas aku mengajak suamiku minum zamzam yang disediakan di kaki lima tempat sa'ie.Aku mengambil cawan yang disediakan...lantas terdetik dihatiku,mungkin air zamzam dalam tong ini dsh habis kerana ramai orang.Akupun menekan butang di tong tersebut.....sah air sudah habis.Lalu aku memberitahu suamiku...serasa akan menangis dalam keadaan dahaga yang amat sangat.Lantas suamiku mengambil cawan tadi dan berkata.."Ya Allah di hadapan Rumahmu ini Ya Allah air tak akan habis" Suamiku menekan butang di tong air zamzam dan keluarlah air dengan laju sekali.Alhamdulillah....dan aku beristighfar sebanyaknya kerana bersangka buruk di dalam hati lantas menjadi kenyataan...
Itulah dua peristiwa daripada beberapa peristiwa yang membuktikan keagungan dan kebesaran Allah yang mampu ku coretkan di sini semuga dapat menjadi pedoman dan iktibar kepada tetamu Allah tahun 1430H.....
Posted by nazmi norazmi at Wednesday, October 14, 2009 0 comments
Friday, August 21, 2009
Mengharap Rahmatmu Ilahi
Ramadhan.....
Awalmu adalah rahmah
itulah yang kami dambakan
buat kesekian kalinya
saat kau datang menjenguk.
Tuhan....
syukur .....
lantaran masih lagi
memberi kami ruang
untuk bernafas
seterusnya
menanam sebanyak mungkin tanaman
untuk dituai
di Akhirat yang abadi.
Namun segalanya kami tak punya apa
selain mengharap
RahmaMu...Ilahi
Posted by nazmi norazmi at Friday, August 21, 2009 0 comments
Monday, August 17, 2009
Tazkirah Sempena Ramadhan
7 Kesilapan Mengurus Wang
1-Gagal merancang-sempena Ramadhan rancang budget anda betul-betul.
2-Berbelanja berlebihan
3-Menggunakan Kad Kredit.
4-Lewat menabung untuk hari tua.
5-Melabur dalam produk yang tidak sesuai
6-Tidak menabung untuk waktu kecemasan.
7-Terlampau memikir tentang wang.-banyakkan sedekah rezeki yang kita perolehi.
Posted by nazmi norazmi at Monday, August 17, 2009 0 comments
Monday, August 10, 2009
Ramadhan-adab Berpuasa
Kedatangan Ramadhan amat dinantikan oleh Muslimin.Bulan Ramadhan....merupakan bulan seribu rahmat.Pahala aalan digandakan oleh Allah swt...setiap amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan wajib.Justeru itu marilah sama-sama kita menyempurnakan puasa kita dan jagalah adab-adab berpuasa.Muga kita akan bertambah rasa taqwa kepada Allah swt.Di antara adab berpuasa ialah:
1-Bersahur...tujuannya untuk mendapat sunat dan membezakan puasa kita dengan puasa orang
Yahudi.
2-Banyakkan berzikir dan membaca al Quran.
3-Menunaikan solat sunat Tarawih di waktu malam.
4-Qiyamullail sekurang-kurangnya dengan menunaikan solat sunat tahajjud dan taubat.
5-Segera berbuka apabila masuk waktu.
6-Berbuka dengan tamar atau benda-benda yang manis.
7-Banyakkan sedekah dan menjamu orang berbuka puasa.
8-Melewatkan bersahur.
9-Makan secara sederhana dan jauhkan pembaziran.
10.Menjauhkan diri daripada segala bentuk maksiat dan mungkar.
Semuga panduan ini sedkit sebanyak dapat membantu kita menyempurnakan ibadah puasa.
Posted by nazmi norazmi at Monday, August 10, 2009 0 comments
Sunday, July 19, 2009
Kelebihan Syaaban
Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban.
Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."
Posted by nazmi norazmi at Sunday, July 19, 2009 0 comments








