CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 21, 2014

Marhaban Ramadhan

MARHABAN RAMADHAN
Kedatangan bulan Ramadhan semestinya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (HR. Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

Di antara persediaan yang perlu ada untuk menyambut Ramadahan ialah
1-Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu  neraka”. (HR. Ahmad)

2-. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan

3-Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh
4-Menambah ilmu tentang puasa agar kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna.
5-Menyediakan jadual harian agar kita dapat memaksiamakan amal soleh di bulan yang mulia ini.
Contoh jadual harian para ulama silam di bulan Ramadahan ialah :-
a-Mengerjakan solat sunat Tahajjud sebelum bersahur.
b-Segera menunaikan solat  Subuh secara berjemaah apabila telah masuk waktu solat.
c-Berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari.
d-Menunaikan solat sunat Dhuha dan membanyakkan doa dan zikir.
e-Keluar bekerja dan cuba untukmembanyakkan sedekah.
f-Banyakkan doa di saat hampir waktu berbuka dan tunaikan solat Magrib berjemaah.
g-Teruskan dengan solat Isya berjemaah dan solat sunat Tarawih serta  witir.
Semuga sedikit sebanyak panduan ini akan dapat membantu kita memaksimakan ibadah  pada bulan Ramadhan yang mulia ini.


                    

    

Wednesday, March 19, 2014

Ingatan Di hari Lahir

Esok genap setengah abad aku menghuni alam fana ini.Itupun mengikut kalendar masihi...kalau ikut kalendar hijrah..dah lama aku melepasi masa itu.Syukur padaMu Ya Allah...kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas.Mulai saat ini aku bertekad untuk terus membaiki diri menambah ibadahku padaMu.Aku rasakan aku telah banyak mensia-siakan masa yang KAU berikan....malah aku sedar inilah fasa terakhir untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku  di atas mukabumiMu ini...
Ya Allah...aku sedar kekurangan dan kelemahan diriku...ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...kurniakanlah rahmatMu yang maha luas itu untukku...hambaMu yang kerdil ini.Aku tahu...hidup dan matiku di bawah kekuasaanMu...andai setakat ini umurku maka matikanlah aku dalam keadaan kematian yang baik....tiada daya dan upayaku  Ya Allah...
Coretan buat anak-anakku..andai mak telah tiada...kirimkanlah mak doa andai mak masih ada dalam ingatan kalian...mak dah cuba untuk menjadi ibu yang terbaik untuk semua...namun ada tikanya mak gagal menjadikan anak-anak mak sebagai anak yang soleh...itu adalah kelemahan mak sendiri.....
Buat semua teman...maafkan andai ada kekhilafan yang aku lakukan sepanjang kita bersama...maklum aku sekadar insan biasa.Apa yang aku cuba lakukan selama ini adalah untuk mengembirakan hati semua orang yang seringkali bersamaku...
Buat insan yang aku sayang...yang paling aku hormati..suamiku...aku telah berusaha untuk menjadi isteri terbaik.Andai ada kekurangan maafkan aku kerana aku hanya sekadar insan yang serba kekurangan dan ada kelemahan .Muga segala keterlanjuran dan semua kesalahanku dimaafkan....sesunggunhnya aku tak punya sesiapa atas mukabumi ini...segala nya ku serahkan kepada Allah..

Saturday, March 1, 2014

Airmata..

Hidup...seringkali bertemankan airmata.Ada tikanya airmata suka dan yang selebihnya airmata duka atau derita.Apapun jenisnya yang pasti kita tidak dapat berpisah daripada airmata.
Airmata  keinsafan..beserta pengharapan  kepada  Yang Esa..yang mengalir di saat insan lain diulit mimpi indah..inilah airmata penyelamat dari bahang neraka.
Namun ada tikanya airmata itu juga dapat mencampakkan kita ke neraka Allah.Itulah  airmata kesedihan insan yang kita kasihi yang telah kita sakiti dan gurisi hatinya dek perbuatan kita. Insaflah ..jangan di kala insan itu dikembalikan ke hadrat Ilahi..kita akan merasa kesal sedangkan di saat adanya dia itulah tempat kita melepaskan amarah..

Saturday, December 14, 2013

Kembali Menggamit Kenangan Lalu..

Disember...musim cuti sekolah.Teringat kembali zaman kanak-kanakku.Tiap kali cuti..aku mesti ke Perigi...rumah datukku.Saat paling gembira kerana ramai sepupuku yang sebaya di sana...Kami bukan sekadar bermain bersama tapi..kami sama-sama mencari kayu api untuk memasak nasi.Maklumlah dulu...tahun 80an mana ada dapur gas.

Paling meriah bila time makan nasi..ada yang suka menyakat tu..diletaknya sambal belacan dalam pinggan orang lain...apa lagi pedas ternganga masa tu..tapi tetap sabar ja la.Mana tak meriahnya..kami berkumpul seramai 30 orang...dah tentu bermacam kerenah yang ada.

Itulah antara peristiwa yang membawa aku kembali tersenyum  apabila dikenangkan..banyak lagi yang akan kucoretkan di sinii...in sya Allah ada masa aku akan sambung lagi.

Tuesday, November 5, 2013

Bicara Tentang Hati

Hati manusia  amat lembut dan sukar untuk dijaga...kadangkala hati tu umpama kertas...sekali kita renyukkan krtas itu...dia tidak koyak...tapi apabila kita buka semula kertas itu..kesan kedutnya pasti akan ada.....justeru jagalah hati insan-insan di sekitar anda agar ia tidak berbekas dengan kesan yang tidak baik.

Monday, November 4, 2013

Anniversary

Hanya sekadar tarikh...tapi ia amat bermakna bagi seorang yang bergelar isteri...Bagi para suami...tolonglah ambil tahu tarikh-tarikh yang anda anggap tidak penting itu.Sebenarnya...dengan mengingati tarikh itulah membuatkan diri isteri anda rasa dihargai.

Perempuan tak minta ia dijunjung,ditatang,dibelai atau disimpan di tempat yang penuh dengan emas permata.Perempuan hanya minta dirinya dihargai oleh lelaki.....Belajarlah menghargai isteri yang ditakdirkan untuk anda....kenanglah segala jasa dan pengorbanannya sebelum Allah memisahkan anda daripadanya...

Ya Allah...kurniakan aku suami yang pandai menghargai anugerah Allah kepadanya...

Thursday, October 24, 2013

Luka Sekeping Hati.

Hati..sekali terluka..parutnya akan ada sampai bila-bila.Ada ketikanya kita telah melukakan hati seseorang tanpa kita sedari,namun dengan mudah sahaja kita melupakan...bahkan ada waktunya kita abaikan begitu sahaja tanpa sepatah kata maaf.
Buat teman dan jua peringatan untukdiriku yang kerdil..berhati-hatilah dengan kata-kata yang diucapkan oleh lisan yang tidak bertulang,andai hati insan yang kita guris luka itu tidak memaafkan kita maka kita akan merana di akhirat nanti.Nauzubillah...
Marilah bersama kita hargai insan disekeliling hidup kita...ingatlah kehadiran insan-insan itu sesungguhnya amat bermakna untuk kita..mereka adalah anugerah Allah yang amat bernilai.Justeru belajarlah untuk menghargai apa yang kita ada sebelum kita kehilangan mereka.....