CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 6, 2015

Biarkan

Biarkan si luncai dengan labunya
itu cerita dulu
punya erti
punya pengajaran
Biarkan
biarkan segalanya berlalu
di mamah waktu dan tika

Biarkan
biar suatu tika nanti
segalanya zahir depan mata
disoal
disiasat
Rabbuljalil
lantaran kita alpa
akan kekuasaanNyaHari ini
detik terus berlalu
kita hanya mampu
mengusap airmata duka
menahan hati derita
lantaran tiada yang mengerti
apatah lagi menghargai.

Tuesday, December 23, 2014

Maaf

Maaf
andai aku tak sempurna
dan
sememangnya tak sempurna
Maaf
andai aku tak penuhi semua inginmu
dan
semestinya aku tak mampu
untuk semua itu.
Aku insan kerdil
serba kurang
serba tiada apa
aku..
hanya
hambaNya..
Maaf
aku juga punya rasa
punya hati
punya hak
punya keinginan
dan
pastinya
aku hanya insan biasa.

Wednesday, November 26, 2014

Renung...tenung

Ayuh renung
renung kemana arah kita
ke mana tujuan kita
pandangan manusia...
ataukah pandangan Allah
Ayuh tenung
bagaimana nasib diri
selama ini
berapa kali dia kita sakiti
berapa kali hatinya kita guris
dan entah berapa kali
kehendaknya tidak kita penuhi
Seringkali
kita lalai dan alpa
kita asyik dibuai rasa
jiwa muda bergelora
kita leka
menganyam mimpi
yang belum pasti
Seringkali kita tersilap langkah
Alpa untuk menghargai
Alpa untuk mencintai
dia yang setia menemani
menelusuri lembah berduri
Namun kita akan hanya sedar
setelah dia pergi
menghadap Ilahi...Mari..
renung...tenung
adakah kita sudah jauh tersasar???

Tuesday, September 30, 2014

Masa mendewasakan kitaa

Dah lama tak menulis di sini..sibuk semenjak Ramadhan  hinggalah berlangsungnya walimah anak pd 13hb Sept 2014.
Ada ketikanya hati seorang ibu amat tersentuh dengan apa yang berlaku...dan dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak.Kerapkali anak-anak terus berkeras  dengan kehendak dan pendapat mereka..lantas tanpa disedari telah mengguris luka hati ibu yang dahulunya bersusah payah menanggung beribu dugaan mengandung,melahirkan dan membesarkan mereka......
 Hati ibu terlalu rapuh...lembut dan sukar untuk dimengertikan.
Bagi ibu...tiap anak disayang..ditatang sepenuh hati.Apa yang ada dalam pemikiran ibu adalah ..tiap detik yang berlalu adalah masa-masa yang semakin berkurang untuk bersama dengan anak-anak...entah...mungkin sebentar sahaja lagi akan dipanggil kembali kepadaNya...Tapi bagi anak..mungkin tak pernahpun untuk terfikir hal sebegini...
Entah di mana silapnya..anak-anak kini tidak sama dengan anak-anak dahulu..Ketika aku masih kecil..apa yang aku inginkan adalah untuk membahagiakan ibu dan ayahku.Di  bulan Ramadhan aku sanggup mengayuh basikal sejauh 4km di waktu petang hanya untuk mendapatkan sebotol air lemonade yang diinginkan ibuku...tapi macamana dengan anak-anak sekarang???
Apakah aku telah tersalah mendidik anak???Entah ,namun  segala tindakan mereka ada ketikanya seolah aku tidak wujud pun.....muga Allah mengampuni mereka.

Wednesday, August 27, 2014

kenanganku

Kenanganku...
Waktu kecilku...
Segalanya indah belaka
Tiada duka nestapa
Kadar senyum dan tawa...
Kenanganku
Saat bersama ayah ibu
Penuh jerih payah
Mencari sesuap nasi
Namun ku bahagia
Sentiasa tersenyum bangga
Indahnya hidup bila dihargai...

Saturday, June 21, 2014

Marhaban Ramadhan

MARHABAN RAMADHAN
Kedatangan bulan Ramadhan semestinya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (HR. Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

Di antara persediaan yang perlu ada untuk menyambut Ramadahan ialah
1-Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu  neraka”. (HR. Ahmad)

2-. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan

3-Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh
4-Menambah ilmu tentang puasa agar kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna.
5-Menyediakan jadual harian agar kita dapat memaksiamakan amal soleh di bulan yang mulia ini.
Contoh jadual harian para ulama silam di bulan Ramadahan ialah :-
a-Mengerjakan solat sunat Tahajjud sebelum bersahur.
b-Segera menunaikan solat  Subuh secara berjemaah apabila telah masuk waktu solat.
c-Berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari.
d-Menunaikan solat sunat Dhuha dan membanyakkan doa dan zikir.
e-Keluar bekerja dan cuba untukmembanyakkan sedekah.
f-Banyakkan doa di saat hampir waktu berbuka dan tunaikan solat Magrib berjemaah.
g-Teruskan dengan solat Isya berjemaah dan solat sunat Tarawih serta  witir.
Semuga sedikit sebanyak panduan ini akan dapat membantu kita memaksimakan ibadah  pada bulan Ramadhan yang mulia ini.


                    

    

Wednesday, March 19, 2014

Ingatan Di hari Lahir

Esok genap setengah abad aku menghuni alam fana ini.Itupun mengikut kalendar masihi...kalau ikut kalendar hijrah..dah lama aku melepasi masa itu.Syukur padaMu Ya Allah...kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas.Mulai saat ini aku bertekad untuk terus membaiki diri menambah ibadahku padaMu.Aku rasakan aku telah banyak mensia-siakan masa yang KAU berikan....malah aku sedar inilah fasa terakhir untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku  di atas mukabumiMu ini...
Ya Allah...aku sedar kekurangan dan kelemahan diriku...ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...kurniakanlah rahmatMu yang maha luas itu untukku...hambaMu yang kerdil ini.Aku tahu...hidup dan matiku di bawah kekuasaanMu...andai setakat ini umurku maka matikanlah aku dalam keadaan kematian yang baik....tiada daya dan upayaku  Ya Allah...
Coretan buat anak-anakku..andai mak telah tiada...kirimkanlah mak doa andai mak masih ada dalam ingatan kalian...mak dah cuba untuk menjadi ibu yang terbaik untuk semua...namun ada tikanya mak gagal menjadikan anak-anak mak sebagai anak yang soleh...itu adalah kelemahan mak sendiri.....
Buat semua teman...maafkan andai ada kekhilafan yang aku lakukan sepanjang kita bersama...maklum aku sekadar insan biasa.Apa yang aku cuba lakukan selama ini adalah untuk mengembirakan hati semua orang yang seringkali bersamaku...
Buat insan yang aku sayang...yang paling aku hormati..suamiku...aku telah berusaha untuk menjadi isteri terbaik.Andai ada kekurangan maafkan aku kerana aku hanya sekadar insan yang serba kekurangan dan ada kelemahan .Muga segala keterlanjuran dan semua kesalahanku dimaafkan....sesunggunhnya aku tak punya sesiapa atas mukabumi ini...segala nya ku serahkan kepada Allah..

Saturday, March 1, 2014

Airmata..

Hidup...seringkali bertemankan airmata.Ada tikanya airmata suka dan yang selebihnya airmata duka atau derita.Apapun jenisnya yang pasti kita tidak dapat berpisah daripada airmata.
Airmata  keinsafan..beserta pengharapan  kepada  Yang Esa..yang mengalir di saat insan lain diulit mimpi indah..inilah airmata penyelamat dari bahang neraka.
Namun ada tikanya airmata itu juga dapat mencampakkan kita ke neraka Allah.Itulah  airmata kesedihan insan yang kita kasihi yang telah kita sakiti dan gurisi hatinya dek perbuatan kita. Insaflah ..jangan di kala insan itu dikembalikan ke hadrat Ilahi..kita akan merasa kesal sedangkan di saat adanya dia itulah tempat kita melepaskan amarah..

Saturday, December 14, 2013

Kembali Menggamit Kenangan Lalu..

Disember...musim cuti sekolah.Teringat kembali zaman kanak-kanakku.Tiap kali cuti..aku mesti ke Perigi...rumah datukku.Saat paling gembira kerana ramai sepupuku yang sebaya di sana...Kami bukan sekadar bermain bersama tapi..kami sama-sama mencari kayu api untuk memasak nasi.Maklumlah dulu...tahun 80an mana ada dapur gas.

Paling meriah bila time makan nasi..ada yang suka menyakat tu..diletaknya sambal belacan dalam pinggan orang lain...apa lagi pedas ternganga masa tu..tapi tetap sabar ja la.Mana tak meriahnya..kami berkumpul seramai 30 orang...dah tentu bermacam kerenah yang ada.

Itulah antara peristiwa yang membawa aku kembali tersenyum  apabila dikenangkan..banyak lagi yang akan kucoretkan di sinii...in sya Allah ada masa aku akan sambung lagi.

Tuesday, November 5, 2013

Bicara Tentang Hati

Hati manusia  amat lembut dan sukar untuk dijaga...kadangkala hati tu umpama kertas...sekali kita renyukkan krtas itu...dia tidak koyak...tapi apabila kita buka semula kertas itu..kesan kedutnya pasti akan ada.....justeru jagalah hati insan-insan di sekitar anda agar ia tidak berbekas dengan kesan yang tidak baik.

Monday, November 4, 2013

Anniversary

Hanya sekadar tarikh...tapi ia amat bermakna bagi seorang yang bergelar isteri...Bagi para suami...tolonglah ambil tahu tarikh-tarikh yang anda anggap tidak penting itu.Sebenarnya...dengan mengingati tarikh itulah membuatkan diri isteri anda rasa dihargai.

Perempuan tak minta ia dijunjung,ditatang,dibelai atau disimpan di tempat yang penuh dengan emas permata.Perempuan hanya minta dirinya dihargai oleh lelaki.....Belajarlah menghargai isteri yang ditakdirkan untuk anda....kenanglah segala jasa dan pengorbanannya sebelum Allah memisahkan anda daripadanya...

Ya Allah...kurniakan aku suami yang pandai menghargai anugerah Allah kepadanya...

Thursday, October 24, 2013

Luka Sekeping Hati.

Hati..sekali terluka..parutnya akan ada sampai bila-bila.Ada ketikanya kita telah melukakan hati seseorang tanpa kita sedari,namun dengan mudah sahaja kita melupakan...bahkan ada waktunya kita abaikan begitu sahaja tanpa sepatah kata maaf.
Buat teman dan jua peringatan untukdiriku yang kerdil..berhati-hatilah dengan kata-kata yang diucapkan oleh lisan yang tidak bertulang,andai hati insan yang kita guris luka itu tidak memaafkan kita maka kita akan merana di akhirat nanti.Nauzubillah...
Marilah bersama kita hargai insan disekeliling hidup kita...ingatlah kehadiran insan-insan itu sesungguhnya amat bermakna untuk kita..mereka adalah anugerah Allah yang amat bernilai.Justeru belajarlah untuk menghargai apa yang kita ada sebelum kita kehilangan mereka.....

Tuesday, September 10, 2013

Kembali aku bersama suami dan anak-anak yang masih bersekolah..hanya kami 5 beranak yang tinggal..kakak-kakak telah kembali ke kampus masing-masing untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai....
Suni pula rasanya....

Thursday, July 18, 2013

Kenangan Ramadhan Dulu-dulu

Tiap kali tiba Ramadahan..aku merasakan amat indah bila terkenangkan zaman persekilahanku...Masuk ja Ramadhan aku terus beli kad raya banyak-banyak untuk ku poskan kepada kawan dan kenalan penaku...dari Perlis sampai Brunei.Saat paling gembira ialah di saat menerima balasan kad raya dari kawan-kawan..
Bila waktu petang pula kami diwajibkan oleh ayahku untuk menyediakan juadah berbuka...tiap orang sejenis kuih atau lauk pauk...MemaSebelah malamnya pula kami digalakkan berbuka dengan kurma dan air...lepas tu solat magrib.Kemudian barulah makan nasi..tapi aku biasanya akan terus dengan bacaan al Quran sehingga satu juzuk..barulah makan nasi.
Semasa orang lelaki menunaikan solat Tarawih aku dan rakan sekampunt...Rogayah,Suraya,Kak Nah.Lin dan beberapa orang sahabatku yang lain akan bertadarus di rumah guru Quarn kami..Semuanya masih segar diingatan dan pastinya tidak dapat dinikmati lagi oleh kanak-kanak hari ini.Alhamdulillah  Ya Allah.



Wednesday, June 26, 2013

Ada tikanya hati kita terguris...itulah rutin
suatu yang bernama kehidupan
apa yang perlu
kita mesti belajar
memaafkan semua orang
belajar berlapang dada
barulah kita bersih hati
bersih diri
dan seterusnya
dapat hidup dengan tenang
menuju keredhoanNya...

Friday, May 31, 2013

Indahnya Ciptaan Allah



Biar mereka cuma sekadarhaiwan yang dinamakan kucing...namun mereka mampu berkomunikasi dan memahami kita..Subhanallah...

Hanya DIA

Allah Maha Mendengar semua kehendak kita..Allah Maha Mendengar segala bisikan kita,,,biarpun yang kita bisikkan dalam hati cuma.Ada tikanya hati kita terguris...maka mengadulah kepada Allah...menangislah di hadapanNya...banyakkan sujud kepadaNya...Allah akan hantarkan rasa tenang dalam hati kita.
Ada tikanya Allah sengaja hendak menguji kita agar kita tidak lalai untuk sentiasa mengingatiNya dan tidak lupa untuk meneruskan komunikasi denganNya.DIA lah Yg Maha Mengasihani hambaNya...

Wednesday, May 15, 2013

Semua Kita Adalah Guru

Guruku...terima kasih...atassegalanya..
namun
serigkali kita lupa
guru kita yang pertama
adalah
ayah ibu kita


wahai ibubapa
kalian adalah pendidik
pastinya akan disoal
andai salah mendidik anak
letakkan matlamat hidup yg betul...
Allah di hadapan kita
segala yang kita ajarkan untuk anak-anak
tidak lain
cuma untuk mendapat
redhoNya
Allah Yang Maha Kuasa.

Tuesday, April 30, 2013

Suara Hati

Ada ketikanya...mulut kita terlalu lancar memuntahkan bicara
menyusun kata bak mutiara
namun tanpa sedar
telinga yang menerima terasa pedih
perit dan pahit
bagai menelan hempedu
lantas kepahitan itu
dibersihkan dengan deraian airmata...
Ingatlah aduhai insan
jagalah hati insan
di sisimu...
mungkin hari ini kita tidak meresai kehadirannya
kita tidak ingat untuk
menghargai
segala baktinya...
Yakinlah
andai dia telah tiada
maka sesal kita tak sudah nanti...

Friday, April 19, 2013

Amarah....tiada untungnya...

Andai kta bersedih..
andai hati terguris....menangislah sepuas-puasnya..
mengadulah padaNya
Insan...
sedarlah
jangan sesekali menjadikan amarahmu
sebagai tanda kasihmu
pada sidia yang sentiasa di sampingmu...
ingatlah..
dia diamanahkan untukmu
untuk dikasihi selayaknya...
renunglah sejenak
bagaimana Rasulmu menunjukkan
akhlak baginda..
awaslah
marah itu perangai syaitan
dan Rasul amat membencinya.

Insan
andai kita dimarahi,
diherdik
atau dicerca
cepatlah berwudhuk
doakan segera
kebaikan dan hidayah
untuk mereka
yang suka memarahi itu....
mengadulah padaNya
pasti kita tidak dihampakan.