Maaf
andai aku tak sempurna
dan
sememangnya tak sempurna
Maaf
andai aku tak penuhi semua inginmu
dan
semestinya aku tak mampu
untuk semua itu.
Aku insan kerdil
serba kurang
serba tiada apa
aku..
hanya
hambaNya..
Maaf
aku juga punya rasa
punya hati
punya hak
punya keinginan
dan
pastinya
aku hanya insan biasa.
Tuesday, December 23, 2014
Wednesday, November 26, 2014
Renung...tenung
Ayuh renung
renung kemana arah kita
ke mana tujuan kita
pandangan manusia...
ataukah pandangan Allah
Ayuh tenung
bagaimana nasib diri
selama ini
berapa kali dia kita sakiti
berapa kali hatinya kita guris
dan entah berapa kali
kehendaknya tidak kita penuhi
Seringkali
kita lalai dan alpa
kita asyik dibuai rasa
jiwa muda bergelora
kita leka
menganyam mimpi
yang belum pasti
Seringkali kita tersilap langkah
Alpa untuk menghargai
Alpa untuk mencintai
dia yang setia menemani
menelusuri lembah berduri
Namun kita akan hanya sedar
setelah dia pergi
menghadap Ilahi...Mari..
renung...tenung
adakah kita sudah jauh tersasar???
renung kemana arah kita
ke mana tujuan kita
pandangan manusia...
ataukah pandangan Allah
Ayuh tenung
bagaimana nasib diri
selama ini
berapa kali dia kita sakiti
berapa kali hatinya kita guris
dan entah berapa kali
kehendaknya tidak kita penuhi
Seringkali
kita lalai dan alpa
kita asyik dibuai rasa
jiwa muda bergelora
kita leka
menganyam mimpi
yang belum pasti
Seringkali kita tersilap langkah
Alpa untuk menghargai
Alpa untuk mencintai
dia yang setia menemani
menelusuri lembah berduri
Namun kita akan hanya sedar
setelah dia pergi
menghadap Ilahi...Mari..
renung...tenung
adakah kita sudah jauh tersasar???
Tuesday, September 30, 2014
Masa mendewasakan kitaa
Dah lama tak menulis di sini..sibuk semenjak Ramadhan hinggalah berlangsungnya walimah anak pd 13hb Sept 2014.
Ada ketikanya hati seorang ibu amat tersentuh dengan apa yang berlaku...dan dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak.Kerapkali anak-anak terus berkeras dengan kehendak dan pendapat mereka..lantas tanpa disedari telah mengguris luka hati ibu yang dahulunya bersusah payah menanggung beribu dugaan mengandung,melahirkan dan membesarkan mereka......
Hati ibu terlalu rapuh...lembut dan sukar untuk dimengertikan.
Bagi ibu...tiap anak disayang..ditatang sepenuh hati.Apa yang ada dalam pemikiran ibu adalah ..tiap detik yang berlalu adalah masa-masa yang semakin berkurang untuk bersama dengan anak-anak...entah...mungkin sebentar sahaja lagi akan dipanggil kembali kepadaNya...Tapi bagi anak..mungkin tak pernahpun untuk terfikir hal sebegini...
Entah di mana silapnya..anak-anak kini tidak sama dengan anak-anak dahulu..Ketika aku masih kecil..apa yang aku inginkan adalah untuk membahagiakan ibu dan ayahku.Di bulan Ramadhan aku sanggup mengayuh basikal sejauh 4km di waktu petang hanya untuk mendapatkan sebotol air lemonade yang diinginkan ibuku...tapi macamana dengan anak-anak sekarang???
Apakah aku telah tersalah mendidik anak???Entah ,namun segala tindakan mereka ada ketikanya seolah aku tidak wujud pun.....muga Allah mengampuni mereka.

Wednesday, August 27, 2014
kenanganku
Kenanganku...
Waktu kecilku...
Segalanya indah belaka
Tiada duka nestapa
Kadar senyum dan tawa...
Kenanganku
Saat bersama ayah ibu
Penuh jerih payah
Mencari sesuap nasi
Namun ku bahagia
Sentiasa tersenyum bangga
Indahnya hidup bila dihargai...
Waktu kecilku...
Segalanya indah belaka
Tiada duka nestapa
Kadar senyum dan tawa...
Kenanganku
Saat bersama ayah ibu
Penuh jerih payah
Mencari sesuap nasi
Namun ku bahagia
Sentiasa tersenyum bangga
Indahnya hidup bila dihargai...
Saturday, June 21, 2014
Marhaban Ramadhan
MARHABAN RAMADHAN
Kedatangan bulan Ramadhan semestinya dinanti-nantikan
oleh semua umat Islam.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi
saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di
bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (HR.
Ahmad dan Tabrani)
Para Salafussoleh
berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian
berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan
Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah
anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami
taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (HR.
Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)
Di antara persediaan yang perlu ada untuk
menyambut Ramadahan ialah
1-Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan.
Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahawa baginda akan menggembirakan
para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah
datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa
di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka”. (HR.
Ahmad)
2-. Berazam dan merancang
aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan
3-Menyematkan tekad dan azam yang
teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan
soleh
4-Menambah ilmu tentang puasa agar kita dapat melakukan
ibadah puasa dengan sempurna.
5-Menyediakan jadual harian agar kita dapat
memaksiamakan amal soleh di bulan yang mulia ini.
Contoh jadual harian para ulama silam di bulan
Ramadahan ialah :-
a-Mengerjakan solat sunat Tahajjud sebelum
bersahur.
b-Segera menunaikan solat Subuh secara berjemaah apabila telah masuk
waktu solat.
c-Berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit
matahari.
d-Menunaikan solat sunat Dhuha dan membanyakkan
doa dan zikir.
e-Keluar bekerja dan cuba untukmembanyakkan
sedekah.
f-Banyakkan doa di saat hampir waktu berbuka
dan tunaikan solat Magrib berjemaah.
g-Teruskan dengan solat Isya berjemaah dan
solat sunat Tarawih serta witir.
Semuga sedikit sebanyak panduan ini akan dapat
membantu kita memaksimakan ibadah pada
bulan Ramadhan yang mulia ini.
Wednesday, March 19, 2014
Ingatan Di hari Lahir
Esok genap setengah abad aku menghuni alam fana ini.Itupun mengikut kalendar masihi...kalau ikut kalendar hijrah..dah lama aku melepasi masa itu.Syukur padaMu Ya Allah...kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas.Mulai saat ini aku bertekad untuk terus membaiki diri menambah ibadahku padaMu.Aku rasakan aku telah banyak mensia-siakan masa yang KAU berikan....malah aku sedar inilah fasa terakhir untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku di atas mukabumiMu ini...
Ya Allah...aku sedar kekurangan dan kelemahan diriku...ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...kurniakanlah rahmatMu yang maha luas itu untukku...hambaMu yang kerdil ini.Aku tahu...hidup dan matiku di bawah kekuasaanMu...andai setakat ini umurku maka matikanlah aku dalam keadaan kematian yang baik....tiada daya dan upayaku Ya Allah...
Coretan buat anak-anakku..andai mak telah tiada...kirimkanlah mak doa andai mak masih ada dalam ingatan kalian...mak dah cuba untuk menjadi ibu yang terbaik untuk semua...namun ada tikanya mak gagal menjadikan anak-anak mak sebagai anak yang soleh...itu adalah kelemahan mak sendiri.....
Buat semua teman...maafkan andai ada kekhilafan yang aku lakukan sepanjang kita bersama...maklum aku sekadar insan biasa.Apa yang aku cuba lakukan selama ini adalah untuk mengembirakan hati semua orang yang seringkali bersamaku...
Buat insan yang aku sayang...yang paling aku hormati..suamiku...aku telah berusaha untuk menjadi isteri terbaik.Andai ada kekurangan maafkan aku kerana aku hanya sekadar insan yang serba kekurangan dan ada kelemahan .Muga segala keterlanjuran dan semua kesalahanku dimaafkan....sesunggunhnya aku tak punya sesiapa atas mukabumi ini...segala nya ku serahkan kepada Allah..

Saturday, March 1, 2014
Airmata..
Hidup...seringkali bertemankan airmata.Ada tikanya airmata suka dan yang selebihnya airmata duka atau derita.Apapun jenisnya yang pasti kita tidak dapat berpisah daripada airmata.
Airmata keinsafan..beserta pengharapan kepada Yang Esa..yang mengalir di saat insan lain diulit mimpi indah..inilah airmata penyelamat dari bahang neraka.
Namun ada tikanya airmata itu juga dapat mencampakkan kita ke neraka Allah.Itulah airmata kesedihan insan yang kita kasihi yang telah kita sakiti dan gurisi hatinya dek perbuatan kita. Insaflah ..jangan di kala insan itu dikembalikan ke hadrat Ilahi..kita akan merasa kesal sedangkan di saat adanya dia itulah tempat kita melepaskan amarah..

.jpg)