Allah itu Maha agung...Maha berkuasa...Maha Mengetahui segalanya....Setiap apa jua yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan ilmuNya...Kita sebagai hamba sewajibnya akur dan tunduk patuh pada semua ketentuannya....ingatlah insan...jangan sesekali leka dan lalai dengan godaan syaitan yang ingin merosakkan kamu...
Ya allah...jadikanlah diri ini sebagai hambaMu yang taat dan sentiasa dirahmati.Janganlah Kau uji kami ya Allah dengan sesuatu yang tidak mampu kami tanggung...Ya Allah Engkaulah yang menjaga dan mengawasi hati-hati kami.Engkaulah yang mampu membolak-balikkan hati kami..Justeru itu kau tetapkanlah hati kami di jalan lurus agar kami sentiasa berada di landasan yang kau redhoi....Ya Allah...ya Tuhanku...kau padamkanlah segala kenangan lalu itu...kau simpan dan sematkanlah sebaik mungkin dalam lipatan sejarah hidup kami agar kami dapat menghadapi hari-hari mendatang dengan cemerlang dan di bawah rahmatMu sentiasa.
Ya Allah..sesungguhnya kami ini adalah hambaMu yang lemah...seringkali terpedaya dengan tipudaya syaitan....kau lindungi dan peliharalah kami Ya Allah.....Seluruh jiwa raga kami hanya milikMu Ya Allah....Kau satukanlah hati-hati kami untuk membela agamaMu Ya Allah....
Dalam keheningan malam ini...hanya ini pohon dan pinta kami Ya Allah...kepadaMu kami bermunajat....
Thursday, February 10, 2011
Munajat.....
Posted by nazmi norazmi at Thursday, February 10, 2011 0 comments
Tuesday, February 8, 2011
Kelebihan Solet Sunat Dhuha
Kelebihan Solat Dhuha
Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Kelebihan Solat Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikan nya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Posted by nazmi norazmi at Tuesday, February 08, 2011 0 comments
Monday, February 7, 2011
Tiada sesuatu Dapat Menyalahi Taqdir
Ingat wahai anakku
Posted by nazmi norazmi at Monday, February 07, 2011 0 comments
Bila Sena Kembali Berbunga...Kemboja Tetap menghias Bumi
Setelah 20 tahun berlalu.....kini pepohon sena yang kian layu..kini dibajai lagi...lantas terus subur mengeluarkan bunga yang indah...Itulah yang berlaku dalam kehidupan hani...setelah sekian lama temannya itu hilang tanpa dapat di kesan di mana ia berada....kini tiba-tiba ia muncul kembali
Posted by nazmi norazmi at Monday, February 07, 2011 0 comments