CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 11, 2011

Andai itu TaqdirNya

Aris tiba tepat pada masanya...di saat ketibaannya hari itu keadaan Pak Majid memang sedang nazak.apa yang termampu dibantu ialah dengan mengingatkan pak Majid dengan kalimah allah dan lafaz syahadah.Memang telah ditakdirkan Aris tidak sempat untuk berbual dengan bapa saudaranya itu.Di tika itu juga sampai pula saudaranya yang tinggal di Selangor Yani...dengan tujuan yang sama iaitu menziarahi bapa saudara mereka yang diberitakan tenat semalam..

Taqdir Allah tiada siapa dapat menduga...ajal pak majid telah tiba...lalu tinggallah semuanya.Seperti senikata lagu dendangan el Suraya..Bila Izrail datang memanggil.....sekujur tubuh di pembaringan .Tinggallah segalanya.
Selesai majlis pengkebumian....Yani kembali ke rumaah pak Majid...membantu apa yang perlu..hairan Yani melihatkan Aris yang asyik termenung...seolah ada sesuatu yang membelenggu diri.Lantas Yani memberanikan diri bertanya hal yang sebenar...lantas tersingkap semua permasalahan..rupanya rumahtangga Aris dilanda gelombang dan badai...seolah-olah telah hancur berkecai...Yani terus menasihati Aris...semuga masih ada jalan perdamaian...tapi hampa.Jelas kini kekusutan itu wujud sejak 15 tahun yang lampau...namun masing-masing memendam rasa hinggalah kemuncaknya Aris dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya...Yani yang mendengar berita itu terkedu tanpa sepatah kata...yang ada cuma aliran airmata membasahi pipi..
'Maaflah bang andai pertanyaan Yani menyentuh hati abang"-ucap Yani."Tak apa dik dah taqdir jodoh abang macam ni"balas Aris.
Sejak itu Aris mula mengimbau kembali ke zaman kanak-kanak tatkala dia dibesarkan bersama dengan Yani.mereka berdua amat akrab walaupun hanya sepupu.Saban hari mereka bergilir-gilir makan tengahari.Ada tikanya di rumah Aris dan ada tikanya di rumah Yani.Pernah suatu ketika ibu Aris berura-ura untuk menjodohkan mereka..namun disebabkan suatu peristiwa Aris membawa diri dan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya.Yani pasrah pada keadaan.Apa yang penting Yani mahu buktikan dia mampu menjejakkan kaki ke menara gading demi mencapai cita-citanya untuk mengubah nasib keluarga.
Biar semua peristiwa itu berlalu 30 tahun yang lalu..namun segala kenangan dan impian itu masih segar diingatan mereka berdua.Tiap kali bertemu mereka pasti merasa seronok,sayu dan entah seribu macam perasaaan lagi yang bermain di hati.Mereka pasrah pada ketentuan dan rahsia Allah yang tidak menjodohkan mereka.
Sebulan berlalu...Aris dilanda sakit misteri.Dia cuba mencurahkan perasaannya..namun apa daya tiada jodoh antara mereka.Yani dah pun berkeluarga kini.Saban hari Yani menziarahi dan memberi kata-kata semangat buat Aris.Itulah yang dikatakan taqdir....di suatu subuh yang bening Yani telah dijemput Ilahi.Aris menangis semahunya....bukan hendak menyalahkan taqdir...tiada siapa tahu taqdir Allah.Insan yang menanggung penderitaan sakit masih segar bernafas..sebaliknya yang dirasakan sihat lebih dulu dijemputNya.Kini Aris dan Yani berpisah lagi...tak kan berjumpa lagi.Yani pergi membawa cinta suci yang telah dipendam selama 30 tahun dulu...tanpa siapa tahu.Itulah taqdir Yang Maha Kuasa.Tinggallah Aris menjalani sisa-sisa kehidupan sendirian setelah dibuang oleh keluarga sendiri.(Petikan novel...)

0 comments: