CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

Satu Perlakuan....Membawa seribu makna

Hidup ini.....setiap gerak adalah
atas qudrah dan iradahNya..
biar apa saja yang kita lakukan
tidak akan terjadi tanpa izinNya.
Namun ada tika dan masanya
apa jua perlakuan kita...
atas dasar kemanuasiaan dan tanggungjawab
boleh saja ditafsirkan
jua diandaikan...
denganberibu tafsira dan tohmahan
laksana pelukis yang melakar sesuatu di atas kanvas putih
dan sesiapa sahaja boleh menafsirkan
pengertian di sebalik lukisan itu
namun realitinya tafsiran sebenar hanya Dia yang tahu...

Monday, November 9, 2009

Kita Yang Sering Diuji

6 Nov 09.............rinduku padamu teman amat meluap....terkenang saat kita bersama suatu ketika dulu...ketika sama-sama menjadia anak rantau.
Akan ku titipkan rinduku ini melalui.....angin lalu...lantas aku menghubungimu.Terkedu aku....pabila aku mengatakan kau kini terpaksa bertongkat lantaran jatuh....Aduhai teman....masih tersisa lagikah ujian buatmu.....begitulah Maha KasihNya....terhadapmu...sering diuji..dahlah...hospital adalah rumah keduamu...ini kau terpaksa pula melalui hari-hari mendatang dengan bantuan tongkat.....tanpa anak dan tanpa suami di sisi.....
Riang suaramu....sekali dengar..aku kagum betapa pasrahnya kau pada sebuah taqdir.....tenanglah teman muga kau merupakan manusia yang hidup dalam rahmat dan kasihsayangNya....

Monday, October 19, 2009

Keluarga Tok Wan.

Tok,Wan,Mak Ngah Wana,Mak Lang Huda,P Lang Mujahid,Pak Usu Lutfi dan Pak Long Wafi.Depa ni lah yang sentiasa menjadi dorongan buat kami semua berjaya.

along una kecik


una


una

putera sulung & bongsu


anak-anak happy


santai hujung minggu


Wednesday, October 14, 2009

Syawal Berlalu....Zulkaedah menjelma

Syawal semakin sampai ke penghujungnya......berbahagialah sesiapa yang sempat menghabiskan puasa sunat enam hari di bulan Syawal....semuga mereka diberikan ganjaran setahun berpuasa...amin.
Zulkaedah akan menjenguk kita...bermulalah musim haji...Akan terpancarlah sinar gembira di wajah setiap insan yang bakal menjadi tetamu Allah....Ini mengembalikan aku ke musim haji 1423h di mana aku dijemput menjadi tetamu Allah.Berbagai kenangan pahit manis sepanjang menziarahi baitullah dan beribadah di sana.Terbukti di depan mataku beberapa tanda kebesaran Allah Ta''ala... Akan ku kongsikan bersama pembaca sekelian.
Peristiwa pertama.... Penerbangan kami terus ke Madinah.Sepanjang 9 hari di Madinah aku dipertononkan dengan suatu kebesaran Allah.Setiap hari aku ke Masjidin Nabawi bersama rakan sebilikku yang juga seorang guru.Suatu hari kawanku itu menegur,katanya dia merasa pelik melihat jemaah haji yang cuma bersolat di kakilima Masjidin Nabawi sedangkan mereka datang dari jauh dan mengeluarkan tambang yang banyak.Aku cuba memperbetulkan keadaan,mungkin mereka ada masalah wudhuk atau sebagainya ,kataku.maklumlah bila kita masuk ke dalam masjid,tempat wudhuk berada di luar.Suatu hari selesai solat fardhu aku menoleh ke kiri dan kanan,namun tidak terlihat kelibat teman sebilikku ini sedangkan tadi kami beriringan ke masjid.Akupun pulang ke bilik hotel dengan teman-teman yang lain. Lebihkurang 20 minit kemudian kawanku yang hilang tadi balik.kamipun bertanya ke mana dia pergi."Hari ini kak mendapat kifarah Allah ,"katanya."Apabila bilal iqamah kak sakit perut,terus ke bilik air dan apa lagi,bila selesai qadha hajat,terus aja solat kat tepi bilik air tu".Kamipun sedar akan kebesaran yang Allah tunjukkan kepadanya lantas sama-sama membanyakkan istighfar.
Peristiwa ke dua...... Setelah selesai melontar jamrah kami semua di bawa balik ke Mekah untuk menunaikan tawaf Ifadhah(rukun).Setelah selesai tawaf ,aku dan suamiku pun mulalah mengerjakan sa'ie. Selesai sa'ie kami pun bergunting.Terasa tekakku amat kering,lantas aku mengajak suamiku minum zamzam yang disediakan di kaki lima tempat sa'ie.Aku mengambil cawan yang disediakan...lantas terdetik dihatiku,mungkin air zamzam dalam tong ini dsh habis kerana ramai orang.Akupun menekan butang di tong tersebut.....sah air sudah habis.Lalu aku memberitahu suamiku...serasa akan menangis dalam keadaan dahaga yang amat sangat.Lantas suamiku mengambil cawan tadi dan berkata.."Ya Allah di hadapan Rumahmu ini Ya Allah air tak akan habis" Suamiku menekan butang di tong air zamzam dan keluarlah air dengan laju sekali.Alhamdulillah....dan aku beristighfar sebanyaknya kerana bersangka buruk di dalam hati lantas menjadi kenyataan...

Itulah dua peristiwa daripada beberapa peristiwa yang membuktikan keagungan dan kebesaran Allah yang mampu ku coretkan di sini semuga dapat menjadi pedoman dan iktibar kepada tetamu Allah tahun 1430H.....

Friday, August 21, 2009

Mengharap Rahmatmu Ilahi

Ramadhan.....
Awalmu adalah rahmah
itulah yang kami dambakan
buat kesekian kalinya
saat kau datang menjenguk.
Tuhan....
syukur .....
lantaran masih lagi
memberi kami ruang
untuk bernafas
seterusnya
menanam sebanyak mungkin tanaman
untuk dituai
di Akhirat yang abadi.
Namun segalanya kami tak punya apa
selain mengharap
RahmaMu...Ilahi

Monday, August 17, 2009

Tazkirah Sempena Ramadhan

7 Kesilapan Mengurus Wang
1-Gagal merancang-sempena Ramadhan rancang budget anda betul-betul.
2-Berbelanja berlebihan
3-Menggunakan Kad Kredit.
4-Lewat menabung untuk hari tua.
5-Melabur dalam produk yang tidak sesuai
6-Tidak menabung untuk waktu kecemasan.
7-Terlampau memikir tentang wang.-banyakkan sedekah rezeki yang kita perolehi.

Monday, August 10, 2009

Ramadhan-adab Berpuasa

Kedatangan Ramadhan amat dinantikan oleh Muslimin.Bulan Ramadhan....merupakan bulan seribu rahmat.Pahala aalan digandakan oleh Allah swt...setiap amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan wajib.Justeru itu marilah sama-sama kita menyempurnakan puasa kita dan jagalah adab-adab berpuasa.Muga kita akan bertambah rasa taqwa kepada Allah swt.Di antara adab berpuasa ialah:
1-Bersahur...tujuannya untuk mendapat sunat dan membezakan puasa kita dengan puasa orang
Yahudi.
2-Banyakkan berzikir dan membaca al Quran.
3-Menunaikan solat sunat Tarawih di waktu malam.
4-Qiyamullail sekurang-kurangnya dengan menunaikan solat sunat tahajjud dan taubat.
5-Segera berbuka apabila masuk waktu.
6-Berbuka dengan tamar atau benda-benda yang manis.
7-Banyakkan sedekah dan menjamu orang berbuka puasa.
8-Melewatkan bersahur.
9-Makan secara sederhana dan jauhkan pembaziran.
10.Menjauhkan diri daripada segala bentuk maksiat dan mungkar.

Semuga panduan ini sedkit sebanyak dapat membantu kita menyempurnakan ibadah puasa.

Sunday, July 19, 2009

Kelebihan Syaaban

Keutamaan Bulan Syaaban
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban.

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Israk Mikraj-Bukti Keagungan Allah

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas MikrajRasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Sunday, July 12, 2009

Muhasabah Diri

CERMIN DIRI SENDIRI Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut: "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM". "Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya". Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita. Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN Riwayat: Muslim

Wednesday, July 1, 2009

Syarat-syarat Pakaian Muslimah

Dalam al QuranSurah al Ahzab ayat 59 disebut pakaian yangmenutup aurat itu dengan istilah 'jilbab'iaitu sejenis pakaian yang labuh dan loggar.Di antara syarat-syarat pakaian Muslimah ialah
1-Menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan sehingga pergelangan tangan.
2-Kain yang digunakan mesti tebal dan tidak jarang.Tujuannya untuk menghalang daripada ternampak warna kulit.
3-Pakaian itu mestilah longgar dan tidak sempit-untuk mengelak daripada ternampak susuk tubuh.
4-Tidak memakai wangi-wangian sehingga menusuk hidung.
5Fesyen it tidak menyerupai fesyen orang jahiliyah.
6-Tidak menyerupai pakaian orang lelaki.
7-Berpakaian dengan tujuan menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Marilah kita renungi diri wahai wania yang bergelar Muslimah adakah pakaian kita memenuhi ciri-ciri di atas?/? Semuga kita tergolon dalam kalangan Muslimah mukminah yang sentiasa di dalam mardatillah.

Monday, June 22, 2009

Kelebihan Rejab

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.""Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Monday, May 25, 2009

Ketabahan Seorang Ibu

Ku titipkan bingkisan ini sebagai kenangan bahawa antara kita pernah ada suatu pertemuan,pernah wujud suatu ikatan ukhuwwah yang tak mungkin dapat dipadamkan oleh sesiapa sampai bila pun....Kau..teman yang ku kenali penuh dengan sifat sabar dan tabah.
Kau dilahirkan sebagai puteri sulung yang mengepalai sepuluh orang adik beradik...sesungguhnya Maha Suci Allah yang menjadikan kau sebagai insan yang amat tabah..insan yang sentiasa sanggup berkorban demi adik-adik.
Teman...saat kau gagal ke IPTA kau teruskan usaha untuk mengulagi STPM..dan bekerja sambilan untuk mencari wang bagi membiayai yuran peperiksaan...sedangkan saat itu kami sebagai temanmu hanya mampu memberikan kata -kata semangat dan perangsang cuma...Dua tahun kemudian...kau menyusul mengikut jejak langkah kami berlima.... kami amat kagum dengan semangat yang sentiasa membara dalam jiwamu...ketabahanmu mengeratkan lagi silaturrahim antara kita....

Masa terus berlalu....kita berenam kini mempunyai keluarga masing-masing...namun terkedu aku pabila mendapat berita kau terpaksa menjalani hemodialisis berselang hari......menitis airmata ini namun apa dayaku...cuma doa yang mampu ku titipkan.....

Saban waktu aku terus meniti waktu...membilang hari...meneliti katabahanmu...dalam keuzuran begitu kau tidak pernah lupa akan tanggungjawab menghantar anak-anak ke asrama...tak pernah leka mendidik anak-anak didikmu...walaupun di saat kau baru selesai menjalani dialisis.Maha suci Allah yang menganugerahkan ketabahan ini kepadamu wahai teman....
Tanpa disedari terkedu aku...membilang titisan manik-manik jernih bila melihatkan engkau terbaring lemah tidak bermaya kini.....katil hospital menjadi rumahmu sejak seminggu lalu.....tak terucap sebarang kata bila menziarahimu....antara syukur kau masih mampu berjenaka dan bercampur rasa sedih dengan keuzuranmu.....

Ya Allah...kurniakan sesuatu yang terbaik disisiMu buat temanku ini....sebagai hamba apalah yang mampu ku lakukan selain bermunajat kepadaMU....Hanya Engkau yang berkuasa menentukan segalanya....
Buat anak-anak Kak Anisa....Anis dan Anas banyakkanlah doa kalian buat ummi...jadikanlah diri kalian anak-anak yang tabah...setabah ummi kalian...Sesungguhnya kita adalah milikNya......
Wahai jiwa yang tenang.....terimalah ujian ini dengan sabar dan redho..janji Allah tiada bandingannya.....muga kak Anisa dapat hadapi saat ini dengan redho dan ingatlah Allah....

Wednesday, May 20, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa.....
Ingatlah anak-anakku...
walau sekalimat yang diajar...
walau seribu tahun berlalu
ia tetap gurumu..
biar jasadmu reput dimamah tanah
atau biar seribu tahun
ia pergi meninggalkanmu...
namun sekalimah
yang pernah diajarkan padamu...
itulah jasanya yang
tak mungkin kau balas
walau dengan segunung emas
atau
intan permata.
Sempena mengingati
jasa guru...
ayuhlah anak-anakku
sedekahkan
al Fatihah
untuk mereka yang telah
mendahului kita
jua sekalung doa
buat mereka yang masih ada di sisi kita.
Marilah kita
sambung tugas suci mereka
kerana mereka
adalah penyambung ketamadunan dunia.

Sunday, May 3, 2009

Mari Menghayati Sifat Sabar

Sabar..... suatu ucapan yang amat mudah diungkap! Sedarkah anda ia merupakan suatu perkara yang amat sukar untuk direalisasikan oleh kita.Beberapa kaedah untuk menghayati sifat sabar diperturunkan untuk kita hayati bersama.
1- Hayati kisah dan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat.
2- Sentiasa libatkan diri dengan kerja kemasyarakatan.
3-Bela haiwan peliharaan dengan penuh kasih sayang dan cermat.
4-Biasakan diri untuk lebih banyak mendengar daripada lebih banyak bercakap.
5-Ingat Allah..yakinlah setiap ujian yang diberikanNya mengandungi seribu rahmat yang tidak terjangkau oleh akal kita.

Friday, April 24, 2009

Hidup ini perjuangan.....jalannya berliku,penuh halangan dan dugaan!
Ya Tuhan.... siapakah lagi
yang mampu....untuk meringankan segala...
hanya Engkau Ya Allah...
Ya Rabbi Ya Wahhab
Kurniakan kepada hambaMu ini
kekuatan dan ketabahan
untuk terus meniti hari esok...
Izinkan aku Ya Allah
bernaung di bawah lembayung
kasih sayang
dan rahmatMu....
Sesungguhnya Tiada Tuhan selain Engkau Ya Allah....

Wednesday, April 22, 2009

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu....
Ibuku hanya satu.....
namun pesannya beribu-ribu...
sedia membantu anakmu...
dalam kembara mencari ilmu.

Wednesday, April 8, 2009

Sejarah April Fool

Sambutan April Fool dipercayai berasal dari negara Perancis.Sehingga pertengahan abad ke 16 penduduk Perancis meraikan sambutan tahunbaru pada 1 April.Pada tahun 1562 Pope Gregory xii telah memperkenalkan kalendar Kristian baru kepada masyarakat dunia beragama Kristian.Oleh itu sambutan tahun baru diubah kepada 1hb Januari.
Walau bagaimanapun masih ada segelintir masyarakat yang enggan menerima perubahan tersebut.Mereka kekal menyambut tahun baru pada 1hb April.Masyarakat dunia melabelkan kumpulan yang degil ini sebagai fool (bodoh).Dari sejarah inilah tarikh 1hb April dikenali sebagai April Fool hingga hari ini.
- FOKUS SPM APR 2009

Friday, March 27, 2009

Tangisan Pembaca Al-Quran
Posted by

Dini_Syarif on March 25 2009 02:26:26
Tangisan Pembaca Al-Quranwww.iluvislam.comoleh: Dini_SyarifEditor: deynarashid
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)." Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan. Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan. Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).” Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan. Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.” Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala! Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan. Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya. Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi. Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir. Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala). Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak. Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini. Bagaimana pula dengan perasaan kita?

Sunday, March 15, 2009

Ciri-ciri Seorang Sahabat

Sahabat
sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah swt
Menjaga hubungan dengan manusia
Menjaga agama dan kehormatan diri
Sentaisa taat kepada ibubapa
Sentaisa bercita-cita tinggi
Sentiasa bijak mengurus masa
Tidak mementingkan diri sendiri....
Cerminlah diri.....andai sahabat kita tidak mempunyai ciri-ciri sebegini...maka ia tidak layak untuk dijadikan sahabat.Begitu juga dengan kita.....andai tidak mempunyai ciri-ciri begini maka kita juga tidak layak dijadikan sahabat oleh orang lain....

Syukur ~ Khalil GibranJanuari 1, 2008
Bangun di fajar subuh
dengan hati seringan awan
Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan
Istirahat di terik siang
merenungkan puncak getaran cinta
Pulang di kala senja
dengan syukur penuh di rongga dada
Kemudian terlena dengan doa
bagi yang tercinta dalam sanubari
Dan sebuah nyanyian kesyukuran
terpahat di bibir senyuman

~ Khalil Gibran



Lazimilah mencapai al Quran dan membacanya.Al Quran dapat menjana kekuatan jiwa dan dapat mengubati jiwa yang gundah gulana kerana kesibukan urusan dunia.Al Quran jua dalah penawar jiwa,pengubat hati. Marilah kita sama-sama membaca al Quran setiap hari....